Sabtu 12hb Jan 2019, jom jogging arini membawa kami ke Air Terjun Serendah.
Pengunjung yang datang ke Air Terjun Serendah selalunya hanya beriadah ke air terjun utama ini.. Tapi hari ini kami teruja meneroka jauh ke dalam hutan.
Terdapat wakaf di tepian sungai..
Meneruskan lagi pemanduan.
Tak sangka 3km didalam hutan terdapat kebun yang terpelihara.. Air anak sungai begitu jernih.. Rumput berpotong.. Siapakah gerangan pemilik tanah ini..
Trek offroad ini terpelihara jadi tidaklah sukar memandu.. Berdasarkan keadaan trek memang ianya selalu digunakan.
Penghujung jalan untuk kenderaan awam.. Tanah milik Yayasan Selangor rupanya. Pagar berkunci..
Dikhabarkan tanah yayasan disewa pengusaha tanaman sayur.. Jika bermotor atau berbasikal pasti akan terus ke hadapan lagi.. Ingin tahu jalan ini berakhir dimana... Dan ingin melihat kebun sayur itu sendiri.
Berpatah balik menyinggah dibeberapa lokasi menarik.
Bongkah konkrit ini adalah tembok penahan empangan mini yang telah runtuh..
Pemandangan dan bunyian aliran air di jeram jeram sangat mendamaikan..
Musykil... binaan tiang konkrit ini dulunya dibina untuk apa.. Mungkin dulu adalah jambatan mini untuk keseberang sana..
Tak menduga didalam hutan ini ada anak muda berkhemah..
Memang hati kental mereka berdua. Bermalam disini. Bila ditanya tak takut ker bermalam didalam hutan.. Mereka menjawab sudah biasa berkhemah dimerata tempat...
Disekeliling khemah dipagari dengan tali tangsi yang digantung dengan loceng untuk memberitahu kehadiran binatang.. Ermm kalau penulis dipagari dengan pagar elektrik sekalipun tak berani bermalam hanya berdua didalam hutan..
Yang menarik perhatian adalah tahap kesedaran mereka menjaga kebersihan persekitaran.. Plastik sampah disediakan disudut khemah..
Sedang elok ramai teman dikeliling, boleh lah mandi manda..lokasi ni agak terpencil, takut untuk mandi sendirian.. Hehe..
Sahabat yang menemani tidak mandi bersama, jadi penulis berkubang ambil syarat saja..ada lah kot dalam setengah jam..
Ketika kami tiba semula dilokasi utama pengunjung telah mulai ramai..
Ok juga tempat rekreasi disini.. Kawasan bersih. Caj parking RM1 saja... Seeloknya pengunjung turut dikenakan caj minima.. Bukan murah untuk menten kawasan persekitaran..
Penulis cadangkan kepada pihak berkuasa tempatan(PBT)
1. Memasang speaker yang dimainkan berkala mengingatkan pengunjung menjaga kebersihan .. Setakat papan tanda tidak memadai..
2. Mengenakan deposit sampah untuk kumpulan pengunjung berkhemah/berBBQ
3. Promosikan tempat rekreasi antaranya dengan memasang papan tanda merentasi jalan utama sebagaimana di Thailand
4. Menyediakan punca elektrik /air prabayar dikawasan perkhemahan... Atau caj dimasukkan dalam caj sewa tapak khemah.
5. Menambah tandas awam... Tandas berbayar boleh menggunakan sistem syiling sebagaimana mesin dobi..
Dengan promosi berterusan ditambah dengan minat rakyat Malaysia berliburan rasanya tiada masalah untuk menarik minat pengunjung datang siang dan malam...Camping site di eropah sangat popular..
Jom jom berrekreasi di Air Terjun Serendah...
No comments:
Post a Comment