21hb Jan 2019 Isnin.
Siri jelajah jogging kalini membawa kami ke KLCC Park. Sesudah subuh terus ke sana. Isnin cuti Thaipusam keadaan trafik dari Rawang ke sini ok lancar...
Walaupun taman ini telah lama wujud tapi ini kali pertama kami ke sini.. Impresi pertama sememangnya WOW.!!! menepati status sebagai taman rekreasi bertaraf internasional.
Trek jogging di taman ini pendek saja dalam 1.2km satu pusingan namun kita mempunyai alternatif untuk menyusuri celah-celah bangunan jika inginkan loop yang lebih panjang. Atau berpusing beberapa kali untuk mendapatkan jarak diingini. Bagi penulis pusing beberapa kali ini yang kurang memberi kepuasan.
Beriadah di taman berlatar belakangkan bangunan ikonik dunia Menara Berkembar Petronas KLCC memberikan kepuasan. Berjogging tidak begitu meletihkan walaupun bermandikan peluh kerana sebahagian besar trek jogging adalah jenis bergetah dan sangat mesra sendi..
Gabungan tasik, pohon- pohon dan bangunan pencakar langit membangkitkan pemandangan indah..
Terik matahari pagi pula terlindung disebalik bangunan- bangunan tinggi, ditambah dengan sausana hijau taman menjanjikan keselesaan dan kedamaian. Sangat seronok berjogging disini.
Ini yang penulis maksudkan di atas. Kita boleh berjogging dicelah-celah bangunan untuk membuat loop sendiri jika trek taman tidak cukup panjang... Pokok pokok berbunga wangi ini mengeluarkan aroma menyegarkan..
Kemudahan permainan kanak-kanak turut disediakan disini. Boleh lah membawa anak- anak kecil untuk sama sama berrekreasi...
Terdapat juga taman air percuma untuk pengunjung bermandi- manda.
Pancuran air minuman turut disediakan dilokasi tertentu sepanjang trek jogging...Pengunjung tidak perlu membawa bekalan air minuman yang bekasnya nanti dibuang merata tempat.
Cuba perhatikan betul betul.. Bekas-bekas minuman sengaja ditinggalkan pengunjung sesudah isinya dilahap.
Dalam beberapa siri jelajah jogging, penulis tidak teragak-agak memberi rating 9/10 bintang untuk taman ini. Keinginan untuk kembali lagi sangat kuat., cuma caj parking kenderaan yang agak mahal . Standard caj parking kereta KL RM4 untuk jam pertama dan RM3 untuk jam berikutnya.. Sekurang kurangnya kena sediakan rm10 untuk setiap kali berjogging disini.
Sesudah berjogging boleh mengisi perut di gerai bergerak berdekatan...
Untuk yang belum ke sini memang sangat dicadangkan berbuat demikian.. Anda tidak akan menyesal..
No comments:
Post a Comment