Wednesday, February 6, 2019

Genting Premium Outlet & Tmn Eko Rimber Templer..

5&6 hb Feb 2019

Meraikan si kecik yang pulang bercuti, aktiviti sekeluarga lebih tertumpu kepada beliau. 

Tahun baru cina 5hb berkunjung ke Genting Premium Outlet. Sebagaimana dijangka orang sangat ramai. Mujur kami telah makan tenghari dibawah.. Sangat sukar untuk mendapatkan tempat duduk di food court. Harga makanan memang mahal. 




Bersiar siar di tanah tinggi mengharapkan cuaca nyaman, tapi kunjungan kalini cuaca agak panas. 





Si kecik hanya mampu mencuba pakaian sejuk... Untuk membelinya rasa sangat tidak berbaloi. Pakaian sebegini lebih baik dibeli dinegara sejuk yang ingin dikunjungi. 



Untuk lebih nilai wang kami  makan- makan malam ketika turun dari tanah tinggi... Teringin makan nasi arab teringat deretan restoran masakan arab di belakang bangunan Perkeso Jln Tun Razak,  Kg Baru KL


 Selain banyak pilihan  harga yang ditawarkan jauh lebih berbaloi... Jika diatas tadi minum-minum petang dengan sedikit kudapan harga Rm50, di KL ini set nasi arab pelbagai jenis untuk 5 orang siap dengan minuman dan desert hanya rm140... Puas makan tapi masih banyak lagi hidangan yang perlu dihabiskan. 

6hb Feb 2019

Mandi mandi di Tmn Eko Rimba Kanching Templer Park lagi.. 

Orang tersangat ramai... Bukan saja rakyat tempatan tapi warga asing. . 




  Melihat gelagat pengunjung bersukaria tanpa memikirkan aspek keselamatan segera teringat kes kawan anak yang mati lemas di sini 3 minggu lepas... Kes kemalangan akibat tergelincir ketika memanjat tebing tinggi juga sudah banyak kali dilaporkan  sebelum ini.








Walaupun tempat strategik telah dipenuhi orang ramai masih boleh memilih lokasi kosong untuk bermandi manda... 


Sebelum tengahari telah meninggalkan taman rimba.. 😊

No comments:

Post a Comment