3hb Feb 2019 Ahad
Jom jogging harini membawa penulis ke kuil Batu Caves dan Tmn Eko Rimba Sg Tua.
Seawal 5.00 pagi telah keluar rumah untuk menghantar anak yang berkongsi kereta bersama rakan ke Kertih
di Petronas Gombak .
Seusai solat subuh di masjid berhampiran bermenung sebentar untuk memilih lokasi jogging Ahad.. Tmn Metropolitan Kepong termasuk dalam senarai, tapi sebab sudah biasa berkunjung ke situ kalini mencuba memanjat tangga Kuil Bt Caves ini. Selalu lalu sini namun sedikit pun tak terlintas untuk berkunjung..
Untuk tiba ke puncak mengah juga. Terasa ketat otot dan urat peha.
Gua batu kapur yang sudah tentu terbentuk beribu tahun dulu memang sangat menakjubkan
Dipuncak gua terdapat kuil hindu bersaiz sederhana.,menempatkan patung dewa- dewa yang dianggap suci . Ramai penganut hindu menjunjung susu yang kemudiannya disiramkan ke atas patung.. Diperhatikan juga sesetengahnya bersujud malah ada yang meniarap dihadapan patung-patung. Tak pasti apa maksud ritual itu..
Menghabiskan beberapa ketika dipuncak sambil menikmati panorama KL sebelum menuruni anak tangga berwarna warni... Pengunjung mulai ramai..
Kebersihan persekitaran sangat mengecewakan.. Bau busuk menyesakkan hidung. Kawasan tumpuan pelancong seantero dunia ini tidak sepatutnya berada ditahap ini.
Memandangkan hari masih awal, meneruskan pemanduan ke arah Hulu Yam melalui Sg Tua dan Empangan Batu. Laluan Gombak - Hulu Yam ni sangat popular dikalangan Mat motor . Melalui jalan ini mereka boleh saja berkonvoi ke Puncak Genting Highland atau Bukit Fraser
Tapak khemah..
Kemudahan tandas...
Memasuki taman rimba ini dikenakan caj Rm2 seorang.. Caj yang dikira murah untuk penyelengaraan pelbagai kemudahan serta menjaga kebersihan.
Di Taman Eko Rimba Sg Tua disediakan kemudahan berkhemah..Cuma tak pasti samada bekalan elektrik disediakan atau tak.. Melihat kepada tapak tapak khemah seolah tiada bekalan elektrik..
Trek berkonkrit sepanjang sungai sangat sesuai untuk aktiviti berjogging
Tahap kebersihan persekitaran ok memuaskan.. Petugas petugas dilihat membersihkan sampah-sampah ditong yang disediakan.. Cuma ditapak terpencil masih terdapat segelintir pengunjung yang tak reti mengutip sampah sesudah berkhemah..
Aliran air sungai jernih mengalir tenang sangat sesuai untuk aktiviti mandi manda.. Cuma kena berwaspada ketika cuaca buruk kerana disini wujud fenomena Kepala Air.
Ketika menghampiri pekan Hulu Yam sesudah Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, teserempak dengan kemalangan.
Jalan berliku dan berbukit kekadang menjadi medan menguji kenderaan. Sebuah VW passat terbabas ketika mengambil selekoh tajam lalu merempuh perodua viva yang berhenti disimpang keluar.
Mangsa seorang pakcik penumpang Viva dikeluarkan oleh anggota bomba dan dibawa ke hospital dengan ambulan. Tiada kecederaan di pihak VW..
Begitulah secebis coretan riadah hujung minggu kalini..
No comments:
Post a Comment