Saturday, June 15, 2019

Jakarta Bandong 2019-D1



 Destinasi libur kalini 5H4M, Jakarta dan Bandung...Mengikuti pogram anak menghadiri majlis perkahwinan rakan kolej di Jakarta. . Cinta antara dua negara berjiran, mempelai lelaki Malaysia dan pasangannya Indonesia.
Hari selebihnya melajakkan diri ke Bandung

Penerbangan Jumaat 7.15 pagi Malindo Air di klia. 2 jam lebih untuk tiba di Lapangan terbang Sukarno Hatta Jakarta.

Libur kalini tidaklah begitu mengujakan kerana telah beberapa kali ke Jakarta bahkan keseluruhan Pulau Jawa semasa berkonvoi motor 2016. Kunjungan ini lebih kepada ingin melihat budaya majlis kahwin rumpun Indonesia. Kita mengikuti sajalah itinerari yang anak sediakan..




Di Indonesia  menggunakan khidmat agent pelancong. Segala urusan penginapan dan pengangkutan diserah kepada mereka...

Pemerhatian penulis kalini mendapati Jakarta kini lebih bersih, air sungai tidak lagi hitam seperti air longkang, sampah sarap di sungai juga kelihatan hampir tiada...Sekiranya kita alpa,  tidak mustahil Jakarta bakal mengatasi Kuala Lumpur dari aspek kebersihan dan keceriaan. 

Hajat untuk solat jumaat di masjid terbesar asia Masjid Al Istiqlal tidak kesampaian kerana jalan jem teruk..Dikhabarkan sebahagian laluan utama ditutup kerana  terdapat demonstrasi pasca pemilihan presiden Indonesia.



Tengahari menikmati hidangan makanan etnik Sunda. Harga RM30 sekepala tidaklah murah berbanding  dengan hidangan di tanahair.




Kemudian menuruti kehendak kaum ibu berbelanja di Mangga Dua destinasi popular harga patut Jakarta...

Mungkin disebabkan barangan kini banyak yang di import dari China, didapati harga barangan di sini juga tidak begitu  kompetitif. Kualiti dan design barangan pun tidak secanggih di tanahair

Sesudah maghrib meronda sekitar Jakarta...Jalan masih lagi sesak disebabkan penutupan sebahagian jalan disamping wargakota pulang ke pangkuan keluarga sempena hujung minggu...Tidak banyak yang dapat dirakam...

Hanya meronda dilorong kuliner yang menyajikan makanan  gerai tepi jalan.






Kami memilih bersantap di restoran makanan Padang...Tak berani untuk menjamah makanan gerai jalanan dikhuatiri perut tidak boleh menerima.


Signiture restoran padang adalah mereka menyajikan segala jenis masakan dimeja  namun hanya yang dijamah akan dikira untuk bayaran...Makanan enak dan harga sedikit mahal tapi berbaloi.

Esok kami akan ke Tanah Abang...

No comments:

Post a Comment