Sunday, June 16, 2019

JAKARTA BANDUNG 2019-D2



Benar kata orang jangan mudah terpedaya dengan cinta pandang pertama...Hari ke 2 mula menyerlahkan wajah-wajah asal Jakarta..Jika sebelum ini sungai kelihatan bersih, hari ke2 disajikan dengan sungai air hitam berbau hanyir betul-betul dihadapan hotel penginapan...Yea transformasi kearah kebaikan memerlukan masa...

Terlalu sukar dan mahal untuk menaik taraf kebobrokan yang telah berabad lama menghiasi Jakarta. Mungkin sebab inilah kerajaan Indonesia memilih untuk memindahkan ibukota Indonesia ke kawasan baru khabarnya di Kalimantan...Tempat baru yang mudah dirancang untuk mengetengahkan imej baru Indonesia.

Hari ke2 Jakarta, melawat Tanah Abang pusat beli belah borong ala Kenanga Wholesale  San Peng KL atau GM Klang...


Kedudukan tidak jauh dari pusat bandar..Hari Sabtu keadaan trafik lancar.


Pusat Grosir Tanah Abang..


Sesuai dengan keluasan pusat beli belah, kawasan parkir ditandai dengan simbol-simbol binatang untuk mudah mengenal pasti





Kompleks ini terlalu besar, terdiri dari pelbagai blok dan tingkat, setiap level mengkhususkan barangan menurut klasifikasi dikiosk-kiosk bersaiz sederhana..

Sebagaimana pusat borong lain, pakaian dan aksesori keperluan wanita mendominasi hampir segenap ruang...







Satu-satunya pusat beli belah yang  penulis  kunjungi memiliki sebuah masjid sempurna...Biasanya hanya disediakan musolla sempit yang seringkali membangkitkan aroma tidak enak..Masjid berhawa dingin  berada di aras bumbung tingkat 12 ini menyediakan tempat solat selesa.

Masjid yang dirasmikan pada 2018 ini masih kekal bersih.  Perancangan yang wajar dicontohi pihak pemaju.




Penulis terpaksa menjadi penunggu setia di foodcourt tingkat 8 sementara menanti kaum ibu berbelanja...Kaum ibu memang sangat kental melawat dari satu tingkat ke tingkat melayan halwa mata walaupun apa yang dicari taklah seberapa...Melihat apa yang dibeli memang hairan dengan kaum ibu-ibu ...Jika bapak-bapak yg berbelanja rasanya boleh dapat barangan sekontena 40 kaki untuk tempoh masa lebih singkat dari itu..

Menghampiri maghrib meninggalkan Tanah Abang dan singgah di Masjid AlIstiqlal untuk mengakhiri lawatan hari ke2..


Masjid yang disiapkan di era 70an zaman Presiden Soeharto walaupun mula dibangunkan dizaman Presiden Sukarno lagi.



 Dewan utama saja boleh menampung 16000 jemaah.

Ahad kami akan menghadiri Majlis Perkahwinan..Acara yang ditunggu-tunggu



No comments:

Post a Comment