11pagi bertolak menghadiri majlis perkahwinan di Kelab Kelapa Gading.
Sementara itu 8pagi bekunjung ke Ancol, teruja mengetahui kenapa Ancol tersenarai destinasi liburan wajib no 1 jika ke Jakarta.
Berseorangan, maka Ojek menjadi pilihan. Cepat dan murah.
Sutrisno dari Cerebon menemani lawatan ke Ancol.
Berlatarbelakangkan bot-bot kecil untuk ke Pulau Seribu, lagi destinasi liburan wajib Jakarta.
Pengunjung luar daerah berkelah bahkan bermalam diruangan terbuka
Dengan penduduk Indonesia yang begitu ramai industri pelancongan mereka kekal pesat tanpa mengharapkan kunjungan orang luar...Kawasan tumpuan penuh sesak dengan pengunjung luar daerah Jakarta.
Menurut pandangan penulis, Ancol ini biasa-biasa saja..
Saat ditunggu tunggu jam 11 tiba. Majlis perkahwinan rakan anak, menemukan dua budaya negara berjiran Malaysia Indonesia.
Majlis di Kelab Kelapa Gading, Jakarta. Tetamu mendaftar diri di pintu masuk...Adat menyumbang wang terus dimasukkan ke dalam tong menggantikan salam kaut dengan tuan majlis.
Sepanjang majlis berlangsung mak ayah dan kedua mempelai berada di pelaminan untuk bersalaman dengan para tetamu
Kami mengambil kesempatan untuk bergambar dengan mempelai dan mak ayah. Kami berjiran daerah di Malaysia rupanya ...
Beza ketara majlis disini adalah tiada kerusi meja disediakan untuk tetamu kecuali keluarga terdekat dan tetamu kehormat. Makan minum secara berdiri atau carilah mana mana bangku yang ada. Stesen-stesen makanan disediakan serupa seperti ditanah air..Hidangan pastinya aneka juadah etnik Indonesia. Nasi kemangin, Soto Betawi, soto bandung, Bakso garing, soto cha go meh, sate, kambing guling, mee kangkong sekadar menamakan beberapa menu...
Pastinya jempol pak..
Sesudah majlis kami terus ke Bandong...
Sementara itu 8pagi bekunjung ke Ancol, teruja mengetahui kenapa Ancol tersenarai destinasi liburan wajib no 1 jika ke Jakarta.
Berseorangan, maka Ojek menjadi pilihan. Cepat dan murah.
Sutrisno dari Cerebon menemani lawatan ke Ancol.
Motor sangat banyak seperti ulat taik di Indonesia. Sebab itu hiway di sini melarang samasekali kemasukan motor kerana bakal menghalang kelancaran trafik.
Semua pusat tumpuan awam Indonesia dkenakan caj masuk. Kawasan pantai, air terjun, gunung, tasik dll janji kawasan tumpuan akan dikenakan caj masuk. Caj ke Ancol ini kami dikenakan Rp30 ribu seorang dan 5ribu untuk motor.
Pastinya jempol pak..
Sesudah majlis kami terus ke Bandong...
No comments:
Post a Comment