Ahad 29 September 2019
Keinginan utama penulis ke Langkawi kali ini adalah berkunjung ke pusat pelancongan Gunung Mat Chincang. Walaupun sebelum ini dah banyak kali ke Langkawi entah kenapa langsung tak terfikir untuk ke sana. Mungkin waktu yang terbatas.
Pada pandangan penulis, banyak tempat menarik di Langkawi, sekurang kurangnya memerlukan masa 3H2M untuk melawat sebahagian besar tempat tersebut.
Dalam pada penulis meronda mencari tempat sarapan pagi, terpandang resort ini.. Inilah resort penginapan penulis bersama rakan dan anak-anak ketika kunjungan pertama ke Langkawi lebih 20 tahun dulu. Memori berkubang dengan anak-anak kecil di kolam masih segar diingatan, kini anak sudah mempunyai anak..Owh begitu cepat masa beredar
Singgahan sarapan JjCM, Nasi Dagang Pak Malau. Kedai makan yang tidak jauh dari kompleks makam mahsuri.
Kedai makan yang dibuka sejak 8 tahun dulu menonjolkan konsep melayu klasik. Pelayan siap berbusana melayu. Lagu lagu era 50an dimainkan. Penulis sangat suka dengan gimik ini, sangat kena dengan lagenda Pulau Langkawi..
Benar apa dikhabarkan pemilik kedai yang menggelarkan diri sebagai Pak Malau, penduduk tempatan tidak menganggap suasana begini sebagai aset kerana sentiasa disajikan dengan suasana sedemikian tapi bagi pengunjung luar, pengalaman bersantap dipinggiran bendang, dilatari dengan pemandangan sawah padi, pohon kelapa dan gunung -ganang adalah pengalaman indah yang menyegarkan. Bukan makan-makan saja yang pengunjung dambakan, suasana kedamaian itu yang sukar digalang ganti.
Pak Malau yang lama menetap di KL, mengambil keputusan bermastautin di Lengkawi mengusahakan kedai makan dan juga homestay. Selain itu menyediakan khidmat urut tradisional dengan caj 30 setengah jam.
Tukang Duit, ingatkan pembuat duit
rupanya pemungut duit atau cashier...Dulu dulu perkataan tukang merujuk kepada orang yang berkemahiran seperti tukang besi, tukang kayu, tukang kasut.
Sesudah sarapan terus ke Oriental Village. Tarikan utama di sini pastinya kereta kabel terpanjang dan tercuram dunia selain Jambatan gantung tertinggi dunia.
Walaupun ramai, tapi pengunjung tidak seramai sewaktu musim cuti umum atau cuti sekolah. Mudah saja membeli tiket , pakej standard rm43 dewasa dan Rm30 untuk kanak kanak lebih 2thn. Pengunjung perlu menyertakan mykad untuk menikmati kadar tiket warga tempatan.
Oriental village turut menampilkan premium outlet bebas cukai.. Kedai makan antarabangsa juga banyak disini.
Beratur tak lama terus tiba giliran menaiki kereta kabel..
Sesekali gayat juga apabila gondola berhayun hayun dirempuh angin kuat dikedudukan tinggi. Terpaksa menempuh jarak 1.7km untuk tiba di stesen tengah..wow..
Pemandangan indah dari ketinggian lebih 1000 m dari aras laut...Kelihatan Air Terjun Telaga Tujuh.
Gugusan pulau di Teluk Burau sayup kelihatan dari jauh..
Terdapat stesen persinggahan sebelum pengunjung menaiki lagi gondola untuk ke puncak gunung Mat Chincang. Di stesen terakhir, pengunjung boleh menikmati panorama di platform stesen atau di Jambatan Gantung.
Untuk ke Jambatan Gantung pengunjung perlu membeli tiket lain, Terdapat pilihan, sekiranya ingin menggunakan tangga, dewasa rm6 dan rm 4 kanak kanak atau jika memilih menggunakan skyglide caj rm16 untuk dewasa dan rm10 untuk kanak kanak.
Kami menggunakan tangga.
Sambil menuruni anak tangga membaca maklumat di papan tangga.
Terdapat platform berehat di sepanjang laluan ke Jambatan Gantung..Tak sangka setiap tangga tersangat curam. Jauh plak tu, lebih 200M. Ermm..Terbit rasa menyesal tak membeli tiket manaiki skyglide tadi. Si kecik yang kekal bertenaga..Bersemangat menuruni anak tangga, menangis jika didokong.
Tiba jua akhirnya di Jambatan Gantung Terpanjang Dunia...
Diperhatikan penghadang laluan ini masih sangat besar, bahaya kaki kanak kanak untuk terjerlus.
Rileks jer si kecik menapak dilaluan berkaca, menangis bila didokong.
Ermm tak larat nak memanjat tangga untuk kembali ke stesen. Tiket lift boleh dibeli 10 untuk dewasa dan rm6 untuk kanak kanak..
Pengunjung boleh menikmati panorama sepuas mungkin di puncak gunung. Boleh melepak dan minum minum di Bistro.. Mengabadikan kenangan, boleh membeli ole ole di kedai cenderahati.
Kereta kabel terakhir meninggalkan puncak gunung jam 7.30 ptg
Berakhir lawatan Gunung Mat Chincang berakhir juga lawatan ke Langkawi. Ahad jam 5 balik ke tanah besar.
Pengalaman yang menarik
ReplyDeleteDah tentu wak..
ReplyDelete