Sabtu 28hb Sept 2019
Jumaat nak ke puncak Bukit Larut tak kesampaian. Sampai di booth tiket, terpampang tiket habis dijual. Bermula Jumaat ramai pengunjung berkunjung ke puncak bukit. Tiket dijual hanya dalam 200 keping saja sehari. Selalunya dihujung minggu seawal 6.30 pengunjung telah beratur menunggu kaunter dibuka jam 8 pagi.
Jumaat pula hanya 3 trip naik ke puncak disebabkan rehat panjang untuk solat jumaat, kebiasaannya 4trip.
Kena ubah jadual. Kami terus ke Batu Kurau, Taiping ke rumah majlis pengantin. Walaupun majlis sabtu, kami bertandang awal. Boleh mohon keuzuran semasa majlis sebenar.
Sabtu pagi 28hb bergerak ke Langkawi..
Singgahan JJCM pertama dalam perjalanan ke hotel di Pantai Chenang, nasi ayam tempayan, Rasa enak, harga murah
Untuk menghabiskan masa dan memanfaatkan kereta Myvi yang disewa, kami meronda keliling Pulau Langkawi. Cuma tak syoknya, singgahan ke pusat tarikan pelancong, kebanyakannya ditutup seawal jam 5ptg. Makam mahsuri ditutup jam 5, Kampung Ayer Hangat, jam 6. Apa la..
Banyak gerai didirikan di pinggiran jalan tepi pantai. Hidangan popular disini pastinya laksa ikan seqoq dan cendoi, hampir semua gerai berjual menu yang sama.
Chenang walk boleh tahan meriah diwaktu malam, deretan kedai menjual sovenir dan makanan antarabangsa. Ramai jugalah pengunjung mat salleh dan arab. Yang tak best disini pejalan kaki berebut laluan dengan pengguna kenderaan., sepatutnya kenderaan dilarang masuk sekurangnya untuk tempoh tertentu bermula jam 6 petang dsb.
Pantai sangat landai membolehkan meja meja makan disusun jauh ke gigi air. Disajikan juga dengan permainan bola api...
Hari ke dua Langkawi akan ke Gunung MatCincang. Naik kereta kabel beb🤗
Selamat melancong
ReplyDeleteSambil sambil menghadiri jemputan kahwin, teruskan lajak wak hehe
Delete