Saturday, October 12, 2019

Bagaimana Sistem Kunci Gondola Kereta Kabel Berfungsi...


 Salam berhujung minggu..

          

Penangan menaiki kereta kabel tercuram dunia dengan kecerunan 42 darjah di Langkawi, membuatkan penulis  mencari maklumat bagaimana kereta kabel ini berfungsi..Selalu tertanya mengapa ketika memasuki stesen, kelajuan gondola menjadi perlahan tidak sebagaimana ketika bergerak dari stesen ke stesen.

Selama ini penulis menganggap gondola diikat kukuh secara kekal di kabel, jadi pergerakan gondola mestilah sama dengan kelajuan putaran kabel. Rupanya tidak begitu...Gondola cuma disangkut dikabel dengan sistem kekunci berspring. . Senang nak bayangkan, gondola ni macam baju yang disepitkan saja di tali ampaian. Dengan sistem mekanikal, kunci ini akan terbuka  ketika memasuki stesen dan disambut roller yang memperlahankan kelajuan gondola di stesen untuk memudahkan penumpang memasuki atau keluar darinya. Penyangkut Gondola akan terkunci semula ketika keluar dari stesen.

Ermm pastinya selepas ini menaiki kereta kabel tidak akan sama dengan sebelum- sebelum ini...Debaran tentunya akan lebih dirasai setelah memahami bagaimana sistem kunci  gondola ini berkerja. Akan mengacau fikiran membayangkan kekunci gagal berfungsi dengan baik, tak dapat berpaut dengan kukuh dikabel ketika gondola keluar dari stesen semula. Huhu ibarat penyepit pakaian tidak dapat menyepit baju dengan kemas di tali ampaian dan pakaian bertebaran atas tanah ketika diterjah angin kencang.

Cuma nak memujuk hati, ajal maut ditangan tuhan. Kalau ajal dah sampai duduk dikatil empok pun nyawa  melayang..

Penulis sertakan link video untuk memahami bagaimana sistem kunci penyangkut gondola berfungsi.

JOM TENGOK

No comments:

Post a Comment