Friday, October 11, 2019

Cara Mudah Kupas Nenas...

Salam jumaat, penghulu segala hari

Dulu penulis tak gemar mengupas nenas..Habis basah jari jemari dengan jus nenas, kecuali memakai sarung tangan.

Kebanyakan  penjual buah ditepi jalan pun, mereka masih mengunakan kaedah lama, buang kulit nenas, kemudian membuang mata nenas. Selain leceh ianya sangat lambat.




Kenapa tidak cuba kaedah potong seperti memotong buah tembikai.


Sebagaimana memotong tembikai, kita tak kupas kulit untuk dapatkan isi...Sebaliknya potong buah kemudian potong isi saja.. . Potongan isi boleh dibuat tanpa meninggalkan sikit pun mata nenas. Walaupun nanti, sisa kulit sedikit tebal itu tidak mengapa, manfaatkan sisa kulit nenas untuk dijadikan baja organik yang dicampur dengan sisa domestik lain.

Kaedah yang sangat mudah., ramai yang tahu dan ramai juga yang belum tahu.

Kaedah yang penulis pelajari di Utube sangat rugi jika tidak dikongsi bersama..

Moga mendapat manfaat.


No comments:

Post a Comment