Monday, October 21, 2019

Ronda Balkan D2- Ohrid Macedonia


Salam 1 pagi Ohrid..

Pagini tak syok sebab line internet hotel bermasalah. Tak pasti sehingga pukul berapa boleh diguna semula. Tak boleh memanfaatkan mengemaskini blog ketika terjaga tidur dek mata  masih mengikuti masa di tanahair. Simkad yang dibeli pula walaupun boleh dipakai hampir 150 negara tapi tidak termasuk Macedonia..Ermm


Perjalanan dari Skopje ke Ohrid yang sepatutnya 2jam, mengambil masa lebih lama, penulis tak menyedari kerana tertidur sepanjang perjalanan,  terjaga hanya ketika menyinggah dibeberapa tempat singgahan dan terlelap lagi ketika melabuhkan ponggong dikerusi bas . .





Singgahan pertama Hari ke 2- Skopje Fortress. Kubu yang dibina di abad ke 6. Dari puncak bukit ini dapat melihat panorama bandar Skopje.













Singgahan ke 2 Serena Mosque/ Colourfull Mosque.

Masjid yang dicetuskan pembinaan oleh dua wanita bersaudara pada tahun 1838. Patutlah berwarna warni...

Bacaan lanjut mengenai masjid ini boleh dibaca di pautan berikut Masjid Serina













Singgahan ke 3. Kompleks Arabati Baba Teke

Kompleks Masjid ini dibina sejak zaman Empayar Osmaniyah . Ketika pemerintahan komunis Yugoslavia, kompleks dijadikan muzium dan hotel  ..Pada 2001    melalui kebangkitan gerila islam, berjaya merampas semula kompleks  dan kini masyarakat islam memakmorkan  kompleks tersebut.. Berpeluang menunaikan solat zohor bersama masyarakat tempatan dimasjid yang terdapat di kompleks ini .




Dalam setiap rondaan, penulis suka membuat perbandingan stesen minyak... Selalunya gambaran kemajuan sesatu negara boleh dinilai dari binaan stesen minyak.

Di Macedonia hiway mereka turut dikenakan tol.




Singgahan ke 4 . Tasik Ohrid..

 Jika tarikan utama Skopje adalah bandar lama yang cuba digilap semula sebagai bandar bersejarah,  di Ohrid, tasik menjadi tarikan. Tasik Ohrid dengan kedalaman 300m dikhabarkan sebagai salah satu tasik yang terdalam dan tertua di eropah dan tersenarai sebagai tapak warisan dunia.

Benar..! pemandangan dipersekitaran tasik berlatarbelakangkan binaan sejak zaman Ottoman Empayar memang sungguh cantik. 















Penginapan kami di Macedonia memang superb, hotel hotel lain tak pasti. Hari pertama Skopje, hotel baru 3 bulan beroperasi., di Ohrid pun sama hotel sangat baru...Perkakasan serba serbi baru, pintu shower pun tak siap pasang, yang musykilnya bagaimana pengurusan memastikan keadaan bilik keseluruhan begitu bersih...Perfect 10, tiada sedikitpun tanda tanda kekotoran hasil pembinaan baru siap.

Hari ke 3 Balkan akan ke Albania..

No comments:

Post a Comment