Rupanya ramai peserta resah sebab line internet bermasalah dihotel...Seawal jam 6 pagi ada yang telah membawa turun bagasi, walaupun trip bermula jam 8pagi...Kalau boleh tidur ok juga tp mata seawal jam 1 pagi telah terjaga tak mau lelap.
Impresi pertama memasuki kawasan bandar Albania, penulis berpandangan Albania lebih maju berbanding Macedonia. Di ibu negara Albania, Tirana banyak bangunan bangunan tinggi dan moden.
Lawatan pertama Albania adalah Elbasan Castle. Satu satunya istana di Albania yang dibina ditanah rendah. Istana yan dibina dizaman kesultanan Othmaniah menempatkan penempatan kem tentera, masjid dll. Castle kelihatan kecil diluar tapi sangat luas di dalam..Binaan yang dibina dibawah aras tanah.
Masjid lama yang dibaik pulih juga begitu dibiayai kerajaan Turki..Seluruh bangunan masjid ditutup untuk kegunaan awam.
Bunker Muzium...Hanya bergambar dipintu masuk, mungkin muzium di aras basemen.
Di Albania kami hanya melawat ibunegaraTirana, tak banyak tempat disinggahi.
Esok kami akan ke Montenegro..
bestnya melancong
ReplyDeleteRombongan ngn geng vateran wak..hehe
ReplyDelete