Sunday, August 9, 2020

Anak Ayam Batch ke 3

Ahad 9hb Ogos 2020.


Dalam usaha mewujudkan kitaran bekalan ayam berterusan, belian benih anak ayam diteruskan... Ini merupakan batch ke 3...

Batch pertama seekor jantan dan 5 betina berusia dalam 3 bulan, kini telah dewasa dengan berat antara 2.3 -2.9 kg. Ayam jantan sedang meniti usia dewasa  galak berkokok siang dan malam...Ada ketikanya seawal 12 pagi telah berkokok. 

Kelihatannya yang betina sedang bising seolah mau bertelur tapi rasanya mengambil masa beberapa bulan lagi sebelum boleh menghasilkan bekalan anak ayam sendiri.

 Batch ke 2 berusia sebulan... Tumbesaran batch ke 2 ini agak kurang seimbang,  yang betina ada yang telah mencapai berat 900g ada juga yang baru mencecah 500g. Daripada 14 ekor dibeli 5 ekor telah mati...Musim hujan baru ni anak ayam mudah dijangkiti penyakit. Baki 9 ekor nampaknya sihat dan cergas., lagipun kini ayam telah dilepaskan dilingkungan pagar menjadikan mereka lebih ceria dan sihat. 

Batch ke 3 berusia dalam 3 hari. Belian kalini cuma 10 ekor saja. Jumlah keseluruhan belaan dalam 25 ekor. Walaupun boleh membela lebih tapi ingin mengekalkan kuantiti bawah 30 ekor untuk mengawal bau dan lalat. 

Seronok membela ternakan... dapat menyaksikan gelagat selain melihat  ternakan membesar dengan pantas. Dalam kita bermalas-malasan, ayam di reban dan ikan di kolam terus membesar. Dengan 5 induk rasanya bekalan telur ayam untuk kegunaan sendiri agak lumayan nanti. Jika teringin menikmati daging ayam mirip ayam kampung pula, ambil pisau dan sembelih hehe... 

4 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Moga ayam ternakan terus membesar dengan sihat.
    Teringat mak di kampung pelihara ayam kampung. Suka masak nasi lebih. Bagi makan ayam dengan nasi hangat. 6 bulan ayam kampung dah besar.Sembelih. Goreng. Isinya lembut.

    ReplyDelete
  2. Semoga berkembang maju ternakan ayamnya.

    ReplyDelete