Bila dicongak-congak banyak juga penulis dah berhabis menyediakan kemudahan untuk menternak suka-suka. Peralatan yang dibeli ada yang boleh diguna dan ada juga yang tidak praktikal. Semasa pkp dulu pernah membeli secara online alatan mini untuk membuat dedak secara manual, bila diterima ianya sangat sukar diguna, penulis tak cukup gigih menggunakannya dan kini hanya disimpan di stor... Mujur harga cuma rm40.
Dua minggu lepas membeli pengisar sayuran dan daging secara manual harga RM99, juga dibeli online, bila diterima saiz kotak terlalu kecil apatah lagi isinya tak ubah seperti mainan kanak kanak...ermm di nasihatkan penghantar supaya tidak membuka kotak dan terus dipulangkan semula kepada penjual..Mujur bayaran belum dibuat..
Pengisar lama bersaiz 0.8L ini dah lama tak diguna, bila digunakan hanya mampu berfungsi seketika, sudahnya dibuang.
Harini menerima pengisar elektrik sayuran dan daging bersaiz 2L...Mujur barangan yang dibeli menepati jangkaan. Harga pula sangat berbaloi rm89, lebih murah daripada yang manual. Beginilah membeli barangan hanya berpandukan gambar dan video, apa yang dipaparkan kekadang jauh berbeza dari realiti.
Bila dah ada pengisar ni mudahlah mengisar sayuran dan herba untuk makanan ternakan...Kelebihannya bahan yang dikisar menjadi halus, jadi ayam tiada pilihan selain melahap apa yang dihidangkan, tiadalah berlaku pembaziran.
Untuk mendapatkan rasa daging berperisa bolehlah kita mencampurkan perisa pilihan dalam adunan makanan ayam yang dikisar...
Tak taulah apa rasa daging ayam nanti, makanan ayam penulis banyak dicampurkan segala jenis de
daunan herba hehe...
Mudah2an menjadi ternakan ayamnya
ReplyDeleteIn sha Allah..
ReplyDelete