Saturday, August 22, 2020

Bertelur Sebiji Riuh Setaman




Setelah beberapa hari riuh rendah, sempena Maal Hijrah 1 Muharam bertelurlah seekor ibu ayam telur sulung.. Dalam 5 ekor induk tak sangka yang paling kecil bertelur dulu, bermakna bermulalah  fasa ayam induk mengeluarkan hasil setelah 3 bulan dibela. Induk yang lain pun telah riuh rendah memberi tanda untuk bertelur.



Setelah beberapa kali bertelur nanti akan dipilih telur yang sesuai untuk dieramkan.

Sementara itu untuk memastikan rantaian peliharaan tidak putus anak-anak ayam akan dibeli...Kesihatan juga sedaya mungkin akan dijaga.



Sangkar kuarantin disediakan untuk merawat anak anak ayam yang tidak berapa sehat. Batch ke 3 ini jika boleh ingin merekodkan kematian sifar . 


Walaupun seekor anak ayam mati, terasa benar sayangnya bila membayangkan ayam sekecil ini boleh membesar dewasa dan  sihat sebab itu setiap yang sakit diberikan rawatan herba saban hari. Sebelum ini beberapa ekor anak ayam berjaya diselamatkan dan membesar dengan sihat.

Jom jom manfaatkan segala ruang yang ada ..




 

2 comments:

  1. Bertelur kali pertama kurang sesuai untuk dieramkan.
    tetapi sangat sesuai untuk digoreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul wak..tp x sempat goreng, telur dh pecah..ibu muda x pandai lg menjaga telur...tp alhamdulillah telur yang kedua masih utuh..kena tinggalkan sekurangnya sebiji sbg umpan lokasi bertelur...nk beli telur palsu x terbeli lg..

      Delete