Ahad 27hb September 2020.
Mengikut perancangan asal dulu...Kedai gunting hanya menduduki petak keluasan 22'x8' yang dibuat didalam kedai. Manakala bahagian luas luar dijadikan cafe. Selain kedudukan kedai gunting agak tersorok rupanya cafe tidak boleh disekalikan dengan kedai gunting atas faktor rambut rambut bakal mencemari premis cafe.
Sejak itu ruangan luas cafe dijadikan kedai gunting dan petak gunting dijadikan ofis.
Oleh kerana ruangan gunting agak luas., sistem penghawa dingin perlu tip top untuk memberi keselesaan kepada pelanggan..tapi yang terjadi adalah sebaliknya...AC 1.5 dan 1.0HP tidak mencukupi untuk menyejukkan premis. Akibatnya kompresor AC berkerja keras sepanjang kedai dibuka 10pagi -10 mlm dan seterusnya menganggu prestasi AC. Tak sampai 3 bulan diservis prestasi AC kembali menurun.. bil elektrik pun melambung.
Berkat PKP, keputusan dibuat ruangan gunting dikecilkan dengan itu satu lagi petak 22'x8' dapat diwujudkan untuk disewa.
Kedai yang sama kini dimanfaatkan untuk memberi nilai tambah kewangan, setidaknya nanti ruangan yang disewa dapat menampung bayaran keseluruhan bil utiliti kedai...
Didepan kedai pun nanti akan dibuat kiosk kiosk mini yang akan disewa. Hah
dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini segenap peluang harus dimanfaatkan sebaiknya.
Wak gunting rambut kat rumah aje
ReplyDeletePn is3 jadi barber
Senang gondol jer wak..hehe
Delete