Monday, November 2, 2020

Berbasikal di Tasik Cyberjaya

Bila nikmat kebebasan ditarik balik inilah jadinya. Banyak aktiviti tersekat. Pusing-pusing mengulangi perkara  sama. Melainkan perlu, ingin keluar daerah maupun  negeri pun tak boleh inikan pula ingin ke luar negara.







Sepanjang Lembah Klang pkpb ini hampir saban hari menatap Utube melihat perkongsian pengembara- pengembara berbasikal, bermotoran maupun  berkenderaan empat roda meronda merata tempat. Semuanya sangat memberi inspirasi.




Dulu terbit juga keinginan untuk mengembara berbasikal paling kurang ke negara negara berjiran...Hasrat itu terbantut kerana tiada kesanggupan setelah mencuba dulu didalam negara. 

Fizikal dan mental perlu kental untuk mengharungi cabaran. Terjauh pernah penulis berkayuh ialah sejauh 150km. Rasa nak humban basikal sebab mental dan fizikal sudah koyak. Tak sanggup berpanasan dengan kudrat yang semakin longlai...

Tabik spring untuk pengembara yang sanggup meredah pelbagai rintangan berbasikal merata ceruk didunia.

Jika masih berpeluang, rasanya masih berkeinginan bermotor ke tempat-tempat orang. Melihat perkongsian pengembara mengelilingi dunia dengan berkapchai membuakkan semangat untuk meronda bermotoran. 

Setelah merasai sendiri bermotor berkapasati kecil mengelilingi Sumatera dan Pulau Jawa maupun motor berkapasiti besar meronda pelosok negara asean Thai Laos Kemboja, penulis  merasakan motor bersesaran kecil lebih memberi kelebihan.

Melihat perkongsian pengembara, penulis dapat menyelami apa yang dirasa. Dengan kudrat fizikal dan mental yang semakin menurun, motor berkapasiti besar lebih membebankan untuk dikendalikan. 

Menyedari hakikat usia dan kudrat sudah tidak menyebelahi, pilihan terbaik kini adalah  meronda dengan kenderaan empat roda..Berbanding berbasikalan maupun  bermotoran,  berkenderaan empat roda orang rumah boleh turut serta. Syok melihat pengembara berkaravan menikmati pemandangan negara orang. 

Tapi itulah entah bila boleh menikmati kebebasan seperti dulu , kini hanya mampu untuk berangan sajalah...





4 comments:

  1. Tabik buat pengembara yang sanggup berbasikal mengelilingi dunia. Allahu Akbar, kuatnya mental dan fizikal mereka, tidak semua yang mereka lalui itu indah dan mudah. Banyak cabarannya. Selamat mengembara dengan empat roda. Jauh perjalanan, banyak kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah...tp entah bila boleh jadi kenyataan..wabak tak npk tanda semakin reda..

      Delete
  2. InsyaAllah suatu hari impian jadi kenyataan.

    Masa PKP ni stamina habis menurun jadi malas pun ada saya ni.

    Seronok lagi Jalan-jalan dengan orang rumah buat kenangan bersama bila usia makin lanjut.

    Suami saya pun terpaksa ikut pace bini nya yang macam kura-kura ni, kalau bini tak fit dia pun susah nanti banyak penyakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kura kura xper..x byk beraktiviti tp pjg umur beratus tahun..hehe

      Delete