Sunday, November 1, 2020

Tragedi November ...

1hb Nov 2020

Rutin harian setiap pagi memberi ayam makan. Sambil mengira bilangan ayam, hanya terdapat seekor jantan dan 3  ekor betina di bawah. Menjenguk di ruangan bertelur yea terdapat 2 ekor ayam betina yang lain disitu.

Tidak mengesyaki apa- apa sehinggalah tetekala memeriksa telur ayam yang dipindah untuk dieramkan oleh ibu ayam yang sedang mengeram...



Pelik melihat ayam mengeram berpindah petak sebelah. Kenal, apabila didekati ayam menderam sambil mengembangkan bulunya. Dilantai  dan di atas tanah bawah reban pula terdapat sebiji  telur baru setiap satu...Barangkali ibu ayam yang lain terbertelur diluar kerana petak- petak sedang digunakan.

Semasa  mengangkat ibu ayam dipetak mengeram asal untuk memeriksa samada telur-telur telah menetas, baru disedari ayam telah kaku dan semua telur- telur telah tiada...! Diperiksa kemungkinan telur- telur dibawa pindah ke petak sebelah rupanya ayam sedang mengeram telur plastik...



Bermain dibenak fikiran angkara siapakah ini...Tikus, musang ataupun ular...? Memang pun sebelum ini asyik kehilangan telur sehinggalah telur dikutip setiap hari...



Merujuk rakan-rakan, hampir semua mengatakan itu angkara ular...Jika ular, tak tau bagaimana ular boleh menyusup sehingga tiada kedengaran bunyi ayam bertempiaran. Mungkin anak ular sawa atau ular berbisa bersaiz sederhana. Tiada kesan gigitan, mungkin ular berbisa menyebur bisa pada mangsa untuk mencuri telur...


Ayam disemadikan dipinggiran rumah.

Atas saranan jiran, keliling reban ditabur belerang...Tak taulah apa keberkesanannya nanti. Adakah ular masih bertandang..? Masa akan menentukan.. huhu.




7 comments:

  1. Kalau tenguk dari muka ayam yang lebam
    mungkin disebabkan penyakit ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kematian masih misteri wak...kalau sakit tidak pula nampak tanda ayam monyok seperti kebiasaannya...makan minum masih berselera..Ayam syahid nk bertelur nk bertelur pun mungkin hehe tapi yang muskil semua 7 biji telur yang di eram hilang...

      Delete
  2. Kami baru ada ayam betina mati dengan 2 ekor anak jumpa waktu pagi, tetapi anak-anak lain selamat. Yang mati dah kaku. Ada kemungkinan kena sembur Ular. Kekadang tak perasan Ular duduk situ salin kulit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea ramai rakan yang turut berkongsi pandangan sedemikian...naik risau pulak bila ular mula bertandang nih..

      Delete
    2. Ular bertandang waktu malam jika ada kawasan yang berair berdekatan.

      Delete
  3. Innalillah... ini ibu ayam yang baru dikirim salam hari tu kah? Allahu Akbar! Iktibar dari peristiwa ini, kena lebih berhai-hati, mungkin ular yang datang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe bkn pn..ayam itu berpindah petak tpt mengeram...pjg lg usia dia..

      Delete