Aktiviti riadah masih dibenarkan dengan syarat menjaga penjarakan fizikal.
Jika minggu lepas berkayuh di Tasik Cyberjaya, harini penulis berkayuh solo ke Putrajaya. Dua destinasi bertaraf internasional.
Seawal 8 pagi telah memulakan kayuhan..Cuaca yang sangat baik setelah beberapa hari hujan sebelah malam.
Di Putrajaya berjaya membuat satu pusingan lengkap mengelilingi pulau.
Kebiasaannya pulau yang dibina atau terbina tapi di Putrajaya tasik yang dikorek dikawasan berpaya melingkari dataran mewujudkan sebuah pulau dan dihubungkan dengan jambatan-jambatan cantik.
Antara bangunan- bangunan yang sungguh cantik mewarnai pemandangan Putrajaya.
Kelihatan Masjid Sultan Zainal Abidin atau lebih popular dengan gelaran Masjid Besi kerana struktur binaan keseluruhan dibuat dari keluli. Pemandangan dari atas Jambatan Sri Saujana
Berlatarbelakangkan Masjid Putra yang berada di dataran berasingan...
Taman Oriental Putrajaya
Kebersihan, keindahan dan kemudahan beriadah disini memang bertaraf antarabangsa.
Jarak kayuhan harini Amanputra-Cyberjaya-Putrajaya-Amanputra tidak kurang dari 35km. Jarak yang berpatutan setelah sekian lama menggantung basikal.
Alhamdulillah. Syukur. Kebiasaannya saya jalan-jalan pantas, joging2 manja gitu di taman bunga, tapi sejak pkp dan pkpb, tak berpeluang langsung untuk beridah luar rumah. Keluarkan peluh dengan buat kerja rumah sajalah.
ReplyDeleteKat sabah boleh riadah panjat Gunung Kinabalu Amie..hehe
DeleteSeronok juga sambil kayuh pusing nikmati bangunan di sana.
ReplyDeleteMemang betul..bangunan cantik2..landskap pula menarik...sungguh mengasyikkan.
DeleteNumpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
- Telkomsel
- XL axiata
- OVO
- DANA
segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME (k)
add Whatshapp : +85515373217 x-)