click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, November 14, 2020

Kayuhan Putrajaya...

Mujur PKPB tidak seketat PKP. ...Selagi vaksin tidak ditemui selagi itulah kita kena hadapi virus yang telah pun berada dalam komuniti...Asyik terkurung saja pun pastinya  rimas seperti kepala terbungkus dengan karung plastik. Kita kena lebih berjaga-jaga.

Aktiviti riadah masih dibenarkan dengan syarat menjaga penjarakan fizikal. 

Jika minggu lepas berkayuh di Tasik Cyberjaya, harini penulis berkayuh solo ke Putrajaya. Dua destinasi bertaraf internasional.

Seawal 8 pagi telah memulakan kayuhan..Cuaca yang sangat baik setelah beberapa hari hujan sebelah malam.





Di Putrajaya berjaya membuat satu pusingan lengkap mengelilingi pulau. 



Kebiasaannya pulau yang dibina atau terbina tapi  di Putrajaya tasik yang dikorek dikawasan berpaya melingkari dataran  mewujudkan sebuah pulau dan dihubungkan dengan jambatan-jambatan  cantik.







Antara bangunan- bangunan yang sungguh cantik mewarnai pemandangan Putrajaya.

Kelihatan Masjid Sultan Zainal Abidin atau lebih popular dengan gelaran Masjid Besi kerana struktur binaan keseluruhan  dibuat dari keluli. Pemandangan dari atas Jambatan Sri Saujana

Masjid besi dari sudut berbeza...


Berlatarbelakangkan Masjid Putra yang berada di dataran berasingan...




Taman Oriental Putrajaya




Kebersihan, keindahan dan kemudahan beriadah disini memang bertaraf antarabangsa.

Jarak kayuhan harini Amanputra-Cyberjaya-Putrajaya-Amanputra tidak kurang dari 35km. Jarak yang berpatutan setelah sekian lama menggantung basikal.


5 comments:

  1. Alhamdulillah. Syukur. Kebiasaannya saya jalan-jalan pantas, joging2 manja gitu di taman bunga, tapi sejak pkp dan pkpb, tak berpeluang langsung untuk beridah luar rumah. Keluarkan peluh dengan buat kerja rumah sajalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sabah boleh riadah panjat Gunung Kinabalu Amie..hehe

      Delete
  2. Seronok juga sambil kayuh pusing nikmati bangunan di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul..bangunan cantik2..landskap pula menarik...sungguh mengasyikkan.

      Delete
  3. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME (k)
    add Whatshapp : +85515373217 x-)

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK