PKP 2 bakal disambung lagi sehingga 4hb Feb 2021. Aktiviti kita diluar terbatas. Kita kena manfaatkan waktu terluang dirumah.
PKP kaliini penulis ingin mempelajari perkara berkaitan dengan elektrik.
Pengetahuan penulis mengenai elektrik adalah hampir sifar. Pembelajaran bermula dari dasar. Belajar melalui Utube...
Sesudah faham bagaimana sistem elektrik berfungsi, penulis ingin membaiki sendiri peralatan-peralatan elektrik domestik.
Untuk tujuan ini selain test pen, peralatan multimeter wajib di beli...Banyak perkara berkaitan bacaan elektrik perlu dibaca dan diuji menggunakan peralatan ini.
Alat ini dibeli dengan harga RM25..untuk yang mahal beratus pun ada tapi untuk kegunaan santai beli yang murah sudah memadai.
Jika selama ini banyak peralatan letrik yang gagal berfungsi dibuang atau dihantar ke kedai untuk dibaiki, kesempatan kalini penulis ingin mengubah senario itu.
Banyak peralatan elektrik mudah dirumah yang boleh diperbaiki sendiri. Permulaannya perbaiki peralatan mudah seperti 'Extension' . Jika jahil, kita tak teragak-agak membuang dan membeli baru ketika mendapati extension tidak berfungsi walhal kerosakan adalah sangat minimal.
Ditambah dengan harganya yang agak murah, ringan saja tangan untuk membakul sampahkannya.
Setelah belajar, banyak juga extension yang penulis berjaya kembalikan fungsinya.
Sesudah ini penulis ingin belajar memperbaiki barangan yang lebih advance seperti kipas dan begitulah seterusnya perkakasan lazim seperti blender, mesin basuh, penghawa dingin dll.
Bukan mudah tapi tiada yang mustahil jika bersungguh mempelajarinya.
Coretan akan datang ikuti bagaimana penulis berjaya membaiki kipas dinding melalui pembelajaran Utube...Kerosakan advance yang hanya boleh dibaiki jika kita hanya benar- benar faham konsep keseluruhan kipas berfungsi...
Banyak kebaikan kalau kita tahu tentang elektrik ni
ReplyDeleteDah tentu wak...byk manfaatnya...kerosakan kecil xlah pening2..boleh buat sendiri hehe
Delete