Saturday, January 23, 2021

Membaiki Kipas Dinding

Kipas angin  antara peralatan elektrik yang hampir pasti ada disetiap rumah dan seringkali rosak. Penulis teruja membaiki sendiri kipas angin.

Pembelajaran selama beberapa hari adalah melalui Utube dan juga rakan secara online.

Untuk benar-benar memahami  konsep kipas angin berfungsi, penulis mengikuti pembelajaran bermula dari penggulungan kabel tembaga dinamo sehinggalah melengkapkan loop litar pendawaian untuk sebuah kipas berfungsi.

Setelah mempelajari teori selama beberapa hari berpindah ke praktikal.

Untuk tujuan praktikal, penulis meleraikan kipas dinding yang masih berfungsi untuk mempelajari skema pendawaian litar dan dibandingkan dengan ilmu teori. 




Setiap jalur ditanda untuk memudahkan pemasangan semula.

Semasa memasang semula, entah apa berlaku, kipas angin yang asalnya berfungsi, gagal berfungsi. Ini yang dikatakan tikus membaiki labu.



Kembali semula mengikuti perkongsian teori untuk mengetahui kenapa kipas gagal berfungsi. Mendalami lagi skema pendawaian.

Kemudiannya menguji lagi setiap jalur bagi memastikan tiada kabel terputus menggunakan multimeter. Hampir berputus asa setelah cuba mempraktikkan ilmu teori sedangkan kipas tetap gagal berfungsi.




Mendalami ilmu teori lagi. Setelah beberapa hari mencuba, akhirnya kipas berjaya berfungsi semula..Fuhh lega. 

Dua kerosakan utama dikenal pasti.

1. Sambungan kabel neutral didalam kepala soket longgar. Kekadang ada dan tiada arus elektrik dilitar. Ketatkan skru litar menjadi sempurna. Kerosakan mudah




2. Kerosakan kedua lebih advance, terputus kabel halus dinamo. Untuk mengenal pasti kerosakan ini memerlukan pemahaman skema litar dengan sangat mendalam...betul-betul menguji kefahaman ilmu teori.

Kabel terputus ini adalah untuk jalur mengawal kelajuan kipas paling perlahan.

Mengenal pasti dan setelah wayar halus disambung dan kipas kembali berfungsi, sangat memberi kepuasan luarbiasa, bermakna teori dan praktikal dapat dipraktikkan dengan jayanya.

Ada rahmat disebalik putusnya kabel halus di dinamo iaitu untuk memantapkan kefahaman skema litar keseluruhan. Dengan pemahaman mendalam, bolehlah menguji kerosakan peralatan lain pula nanti. Walaupun perkakas berbeza tapi konsep tak lari...


No comments:

Post a Comment