Friday, April 9, 2021

Puncak 2 Ringgit, Bukit Sentosa Hulu Selangor

Hairan bagaimana puncak bukit ini mendapat nama mendorong kami beriadah di situ.

Destinasi diketahui melalui internet, berjarak 30km dari kediaman kami, tersenarai sebagai lokasi rekreasi menarik daerah Hulu Selangor.

Hulu Selangor, sesuai dengan kedudukannya ditanah tinggi , memang banyak puncak-puncak bukit yang boleh didaki.

Setelah memakir kenderaan disebelah kilang kaki bukit, mula mengorak langkah.


Pergh, mendaki landai sekitar 100m pertama, laluan berikutnya disajikan dengan dakian mendongak lebih 30 darjah...

Orang rumah angkat bendera putih, memang sebaiknya tidak memaksa diri meneruskan dakian jika itu lebih memudaratkan.

Lagipun jarak ke puncak lebihkurang 1.8km,  kalau dipaksa mendaki, masa akan banyak terbuang di sepanjang laluan. Biarlah dia beriadah dikaki bukit saja.

Maka kita pun meneruskan dakian bersendirian...Keputusan yang tepat, untuk ke puncak, dakian sentiasa mendongak.

Beberapa meter mendaki baju sudah dibasahi peluh...



Untuk yang biasa beriadah disini tiada masalah mendaki. Sepanjang pendakian bertemu beberapa pasangan.

Mengkarung..

Berselisih dan bersembang dengan pasangan wargaemas yang menjadikan dakian ini sebagai rutin harian/mingguan. Memang dahsyat..Kalau yang tak biasa, memang rasa nak putus urat nafas. Banyak angin terlepas semasa pendakian.


Tiba dititik tertinggi, tertera tulisan puncak RM 2...Tiada siapa yang dapat memberi jawapan tepat, bagaimana puncak ini mendapat nama. Ramai yang ditanya memberikan jawapan 'mungkin' dulunya pendaki dikenakan bayaran Rm2 untuk beriadah disini. Yea mungkin...


Banyak lagi rupanya hutan yang boleh dilihat dari tanah tinggi.

Untuk yang biasa, bukan sekali bahkan 4 pusingan mendaki sambil berlari seperti anak muda ini.

Kita mendaki dan menurun santai, tercapai juga misi beriadah di Puncak 2 Ringgit.

Seusai mendaki enak sungguh menikmati nasi lemak sepinggan penuh berlauk sambal sotong, telor rebus dan telor mata. 

Teh tarik satu lagi ! 

Tudiaa...Sambil beriadah sambil cari tempat sarapan baru...hehe

Jika tinggal berdekatan, tempat ini boleh dijadikan venue riadah tetap, tapi jika diberi pilihan, sekiranya ingin riadah mendaki, rasanya lebih syok beriadah di Puncak Templer, destinasi lebih hampir dengan suasana kesegaran hutan tulin. Lepas mendaki boleh berkubang dikolam air terjun.

Jeburr...!

No comments:

Post a Comment