Wednesday, June 30, 2021

Manfaat Tayar Terpakai

Matlamat utama hobi  selain memanfaatkan waktu terluang, aktiviti itu perlu diolah supaya memberi nilai tambah terhadap kewangan seseorang dan bukan sebaliknya.

Dalam hobi berkebun atau berternak, selagi boleh, kita perlu manfaatkan bahan terpakai, lebih lagi zaman ekonomi serba mencabar ini. 

Tayar terpakai, paling banyak digunakan sebagai bekas tanaman menggantikan pasu


Ada juga menggunakannya sebagai tembok penahan  tebing, tempat ayam bertelur dan banyak lagi mengikut kreativiti masing -masing

Menyedari manfaat itu penulis turut menjadikannya sebagai bekas menanam sayuran di kawasan tebing berpagar reban. Sudut yang sentiasa menerima sinaran matahari pagi dan petang.



Setelah diisi tanah, bahagian tengah tayar  disediakan tong berongga berisi baja  campuran  sisa domestik dapur berserta kompos alas reban. 

Sistem penyiraman pula menggunakan tetesan air automatik secara graviti. Melalui kaedah ini, dapat menyelesaikan isu malas menyiram pokok tanaman terutamanya dimusim kering. 

Untuk tujuan ini air dari kolam ikan akan dipam ke tong simpanan. 

Peria, timun dan tomato menjadi pilihan ditanam ditayar terpakai ini. Pagar dipasang untuk mengelakkan ayam- ayam mematuk sayuran.

Diharap menjadi  tanaman sayur menggunakan bahan -bahan terbuang ini.

Tuesday, June 29, 2021

Lampu Solar Taman

Seiring dengan perkembangan teknologi, lampu solar kini boleh dibeli dengan harga murah. Jika lampu yang dibeli berkualiti, lampu mampu bertahan lama.


Ini belian lampu solar online kedua penulis. Lampu solar berkapasiti 300watt. Dua unit berharga Rm89.


Dah cuba pasang, berpuashati  namun sikit terkilan..Berpuashati sebab lampu berfungsi dengan baik tapi terkilan kerana memilih warna kekuningan/warm white bukan keputihan/Daylight.

Jika membeli warna daylight, kecerahan lebih menyerlah.


 Ada 3 mode.

 1. Sentiasa Terang.

2. Malap dan Terang, apabila mengesan kelibat pergerakan

3. Tiba-tiba Menyala, lampu hanya menyala apabila mengesan kelibat pergerakan.

Jika pilih mode 2 dan 3 nyalaan boleh  tahan sehingga pagi. 



Dulu ada juga lampu ayam menggunakan minyak tanah, sekarang dah tak perlu bersusah payah. Pasang dan Tinggal.

Lampu solar belian pertama dipasang dihalaman rumah.
Walaupun terlindung bayangan pokok, lampu mampu mengecas sendiri.


 Cuma dulu tersilap membeli online COD  melalui promosi FB. 

Tergoda terus beli, untuk 5 unit lampu berharga Rm200+ untuk kapasiti lampu 100watt setiap satu.

 Rupanya jika dibeli di kedai online produk yang sama boleh diperolehi seunit tak sampai harga Rm20. Hampir separuh harga.

Bagusnya berlampu solar, kita dah tak ambil kesah untuk ON/OFF suis. Apabila hari mulai gelap lampu akan menyala sendiri, hari demi hari selagi lampu tidak rosak.

Senang bukan...

Monday, June 28, 2021

Tanam Keratan Batang Ketum Ayam..


Jom berkebun keliling rumah JBKR harini membiakkan lagi pokok ketum ayam melalui keratan batang pucuk...


Bahagian pangkal disapu penggalak akar, untuk menggalakkan pertumbuhan akar. 

 Keseluruhan 7 pokok nanti akan membekalkan sumber protin kepada ternakan peliharaan.


Harini juga penulis mencuba teknik baru penanaman pokok mangga dengan mencantumkan pokok muda dengan ranting pucuk pokok dewasa yang telah berbuah.

Pokok muda ditanam menggunakan biji benih. Hanya setelah pokok tumbuh, sebesar jari kelingking, proses cantuman boleh dibuat.

Kelebihan kaedah ini pokok yang masih kecil akan berbuah cepat dan lebat. Kesuburan pokok bergantung juga dengan cara penjagaan dan pembajaan.

Untuk tujuan mencantum, alat grafting ini dibeli.

Bahagian yang dicantumkan diikat/dibalut, kemudiannya keseluruhan pokok diserkup dengan karung plastik lutsinar untuk mengelakkan pucuk baru layu. Air hasil pemeluwapan membantu pucuk pokok kekal lembab..

Untuk tujuan siraman, hanya semburkan dibahagian berongga plastik semaian.

Sangat mengujakan dan harapnya pokok- pokok hidup subur.

Saturday, June 26, 2021

Ternak Kelulut Dalam Taman...

Ayam sudah, ikan sudah, ada lagi spesis penternakan  yang boleh cuba diternak didalam taman perumahan iaitu lebah atau kelulut. 

Dua keperluan utama kelulut atau lebah adalah resin dan nektar...Kelulut memerlukan pokok bergetah bagi mendapatkan resin untuk penyediaan sarangnya,  manakala nektar berupa sumber makanan lebah. Keperluan ini selalunya mudah diperolehi dalam lingkungan 500m radius dlm kawasan taman perumahan lama, yang memiliki pokok buahan, sayuran, bungaan maupun bungaan liar matang. 

Jika persekitaran sesuai, berbanding penternakan lain, menternak kelulut adalah jauh lebih  mudah sebab kelulut boleh berdikari. 

Melihat perkongsian pekebun bandar luarnegara, mereka selalunya akan turut menternak lebah walaupun tinggal ditaman perumahan berkeluasan sederhana.

Berdasarkan kepada petunjuk semasa, rasanya koloni lebah/kelulut boleh diternak dikawasan rumah penulis.   Beberapa kali menemui sarang lebah di pokok-pokok sekeliling rumah.

Mungkin wujud pokok-pokok yang disukai lebah seperti pokok akasia, salam, mangga, kelapa, jambu air, limau kasturi dll.
Cuma apabila habitatnya diganggu lebah akan melarikan diri. Keadaan ini boleh dimanfaatkan dengan menyediakan habitat yang lebih kondusif untuk lebah terus betah di situ. 

Semangat membuak-buak untuk mengaplikasikan  perkongsian penternak kelulut di utube...


Friday, June 25, 2021

Tanam Nenas Guna Belahan Jambul...

Kes covid harian masih tinggi. Nampak macam tiada harapan untuk merentas daerah maupun negeri dlm dalam waktu terdekat

Jadi..tanam pokok lah lagi.


Kalau beli nenas jambulnya jangan dibuang...Walaupun tidak secepat berbuah berbanding benih dari anak pokok tapi tetap boleh dimanfaatkan...

 Seketul jambul, penulis pernah tanam, tapi jambul dibelah 4, belum pernah mencubanya.

Teruja mencuba setelah melihat perkongsian petani di utube.

Kelebihan cara ini banyak pokok boleh diperolehi dari sepucuk jambul. Jambul boleh di belah 4...

Untuk percubaan kali ini, oleh kerana nenas dan jambul yang dibeli tidak besar jambul hanya dibelah 2.

Jambul yang dibelah, disemai dahulu didalam polibeg.

Jika tiada kawasan bertanah nanti, nenas tetap boleh hidup subur tanam didalam tong. Yang penting penjagaan dan pembajaan perlu betul.

Harapnya menjadi lah perkongsian utuber itu.

Tuesday, June 22, 2021

Kereta Lumba Kancil...

Kiosk Gunting Bas Mini tak boleh bergerak, tapi biarkan nombor kiosk gunting ini, bergerak ke merata tempat. Harapnya ramai teruja nak tahu apa istimewanya No 65 atau 28 ditampal di dinding pintu Kancil. Jika ada yang bertanya, mudahlah penulis mempromosi Kiosk Gunting Bas Mini.

Gimik pemasaran saja. Harapnya melekatlah dibenak penanya seterusnya berkunjung dan menjadi pelanggan tetap.



Kiosk Bas 65 beroperasi dilokasi baru bersebelahan Gerai MPS Bandar Country Homes, Rawang sejak 1hb Mei 2021. Genap sebulan beroperasi, menerima kunjungan penguatkuasa MPS dan disaman kerana beroperasi tanpa lesen. Permohonan telah dihantar namun belum diluluskan.

Walaupun disaman Rm1000, amaun boleh dirayu, masih dikira berbaloi kerana kiosk tidak disita. Ada harapan cerah untuk kiosk mendapat lesen beroperasi.

Sebulan beroperasi telah menarik ramai pelanggan datang mencuba dan hampir semua memberi isyarat bagus.



Ketika artikel ini ditulis, kedua-dua kiosk gunting bas, tak dapat beroperasi gara-gara covid19, apatah lagi khidmat gunting rambut tidak tersenarai dalam perkhidmatan perlu. 

Lebih parah, Bas No 28 di Jalan Ayer Keruh Setapak Kuala Lumpur telah disita pihak DBKL sehari sebelum Aidilfitri 2020 iaitu ketika pkp 1 lagi dan operasinya terpaksa digantung sementara.

Harapnya pengkelasan gunting rambut ditukar kepada perkhidmatan perlu dengan SOP ketat. Ramai yang menelifon mengadu rimas rambut panjang tidak bergunting. Masing-masing semakin stress.


Setelah ditimbang- timbang No 65 menjadi pilihan.

Cermin pula ingin di tinted gelap. Tak cukup menyerlah, badan kancil akan ditampal dengan stiker corak kereta lumba...

Sementara menunggu operasi kedai gunting kembali normal, biarkan Kancil meneruskan usaha promosi.

Jom jom jumpa di sana...


Sunday, June 20, 2021

Ternak Keli Dalam Longkang...

Pelebaran reban sudah. Rasanya penternakan ayam dalam taman perumahan awam dikira berjaya.




Kuota induk ayam 18 ekor khusus untuk telur pun sudah mencukupi, dijangka 3,4 bulan lagi sudah mulai memperoleh telur yang banyak. Jika terlalu bising kuantiti ayam akan dikurangkan.

Dah ada produk nanti bolehlah ringan- ringan mulut menanya orang pasar dan kedai runcit untuk buat barter trade.

Sebahagian lagi boleh guna untuk membeli makanan ayam premium untuk dicampurkan dengan makanan olahan sendiri.

Walaupun bela suka-suka, setidaknya bolehlah merasa ayam percuma kegunaan sendiri.

Untuk mencapai kitaran ideal, anak ayam baru akan dibawa masuk setelah batch sebelumnya mencapai usia lebih 40 hari, tidak mau terlalu awal membawa masuk supaya kuantiti ayam dalam sesatu masa tidak melebihi had maksima keseluruhan 40 ekor. Kebersihan dan bau segar  reban menjadi keutamaan.

Pada usia lebih 50 hari sebahagian ayam sudah boleh disembelih.


Ayam dah ok, sekarang mau menumpukan kepada ikan pula..Berbanding ayam, bela ikan jauh lebih mudah. Mahu pelbagaikan spesis selain telapia dan puyu emas.


Longkang ini boleh dimanfaatkan untuk membela ikan keli dan spesis lain yang sesuai dengannya.

Dinding longkang konkrit perlu ditinggikan untuk kedalaman ideal spesis ikan ini.

Sistem kitaran air dan pembersihan longkang boleh tiru kolam sediada, yang terbukti berkesan.

Kalau Pkp bersambung lagi dan lagi, ternak kelulut pun boleh cuba...

Pergh sudah mengalahkan duduk dikampung nih...



Thursday, June 17, 2021

Ayam Kampung Penelur ...

Melihat kepada pelan pemulihan covid19, dijangka hanya penghujung tahun 2021 aktiviti rentas negeri dibuka sepenuhnya. Giler..

Kes harian sekarang masih lagi berlegar diatas 4000 angka. Program vaksinasi pun belum nencapai momentum maksima. Ramai lagi yang belum mendapat tarikh temujanji.

Untuk pkp lanjutan ini sesuatu bermanfaat perlu dilakukan untuk mengisi masa lapang.

Mujur dulu pkp1 main redah saja membela ayam, kini tanpa sedar hampir 2 tahun masa berlalu.




Pkp kali ini penulis ingin menggandakan induk ayam penelur daripada 5 ekor kepada 12-18 ekor. Ingin mencuba dulu bilangan terbaik supaya bising ayam bertelur terkawal.

Telur-telur yang banyak nanti nak buat barter trade dengan kedai runcit rakan dan sebahagiannya akan diberi nilai tambah dengan membuat telur masin ayam kampung.

Biasanya telur masin guna telur itik, tapi tengok di utube boleh saja membuatnya menggunakan telur ayam.


Petak reban ayam  remaja yang sediada perlu dibesarkan.
Sayap kiri reban yang merupakan
rezab paip taman dan ditanam dengan pokok kantan boleh dimanfaatkan lagi.



Untuk 15-20 ekor ayam remaja-dewasa,
memadai dengan menambah kawasan bermain seluas 85kps lagi.


Petak reban ini akan dikhususkan untuk 10 induk penelur. Ketika ini petak ini diguna untuk ayam dewasa jantan dan betina 15 ekor.



Manakala reban yang berhampiran dengan rumah jiran akan ditambah dari 4 ekor induk ketika ini kepada 8 ekor. Nak letak lebih khuatir ayam riuh ketika bertelur.
20+10+8=38ekor.

35-40 ekor rasanya kuantiti yang  sedang elok.

Wednesday, June 16, 2021

Periuk Jamu...

Banyak pokok- pokok herba yang ditanam dikeliling rumah boleh dimanfaatkan sebagai teh. Daun salam, kelor, buah dan daun mahkota dewa bahkan daun gaharu mempunyai manfaat sebagai supliment tambahan tubuh.

Cuma perlu bersederhana agar manfaat yang dicari tidak bertukar menjadi mudarat. Khabarnya herba herba ini boleh menjurus kepada ketagihan juga.


Jika sebelum ini menggunakan periuk janji boleh, kini dengan periuk kaca khas ini yang dibeli atas talian dengan harga Rm30, merebus teh/jamu akan lebih mudah...Rebus bahan dalam kuantiti banyak dan simpan didalam peti ais.


Untuk memperolehi manfaat kebaikan teh herba, ianya perlu diamalkan secara istiqamah. Sebab itu penyediaan pati teh perlu diringkaskan dengan merebus kuantiti yang banyak. Tak perlu merebus setiap kali ingin meminumnya... 

Stok pati teh boleh dicampurkan dengan air panas dan sedia untuk di minum, tambah madu sesedap rasa, gerenti terangkat untuk setiap hirupan.

Cubalah...

Sunday, June 13, 2021

Tot Pokok Paling Mudah..

Banyak biakan pokok kaedah cangkuk/tot telah penulis cuba, guna helaian plastik, isi tanah dalm botol, isi air dalam botol dan kini guna bekas plastik., Semuanya untuk memudahkan proses mencangkuk.

Pengisian dulu tanah dalam bekas plastik ini kemudian dilekap dan diikat dibatang yang ingin dibiak ternyata lebih mudah. Sama seperti menggunakan botol, tanah tidak bersepah. Cuma proses mengikat dibatang yang agak leceh.

Hariini membiak 9 pokok bunga mengambil masa hampir 2 jam. Fuh boleh tahan lama. Segera teringat promosi di FB alat mencangkok pokok.



Hah ini dia, alat yang dicari-cari rupanya banyak dijual di shopee...size S 1.50 sen satu, daripada membuang masa mengguna kaedah tradisional, terus saja order 5 unit alat ini size M berharga dlm rm3...

Rasanya makin banyak pokok yang penulis akan tot nanti...

Friday, June 11, 2021

Sampah Bagi Yang Lain, Bernilai Bagi Yang Tahu......

Syarat utama untuk berternak walaupun skala kecil adalah minat dan gigih. Lebih- lebih lagi jika berternak di kawasan sempit dalam taman perumahan awam.

Pengurusan reban perlu betul. Perlu banyak mencuba untuk menambah baik sistem reban. Jadikan perkongsian pengalaman penternak lain sebagai panduan.

Reban kena rajin dibersihkan untuk menghindari bau dan lalat. Dulu keseluruhan lantai reban penulis di alas batu bata, alasannya untuk mudah dibersihkan, setelah dibongkar dan dibiar bertanah ternyata betul saranan penternak di utube ..Bau reban dapat dikurangkan apabila tanah mudah menyerap najis basah selain najis mudah dicerna oleh mikrob tanah.

Semburan kerap pencerna organik, mempercepatkan lagi pereputan najis untuk menghalang pelepasan bau busuk .

Selama hampir 2 tahun berternak dicelah rumah, tiada kedengaran komplen jiran-jiran, melainkan dulu bising ayam jantan berkokok. Ini mudah saja di atasi, bila ayam remaja mula belajar berkokok, memberi petunjuk minta disembelih lah tu.

Aspek pemakanan antara faktor lain yang perlu diambil perhatian jika ingin betah berternak. Kos makanan komersil sentiasa meningkat. Ayam yang dikurung berbeza dengan ayam yang di lepas bebas. Penggunaan makanan akan sentiasa meningkat apabila ayam makin membesar.
Jika bergantung seratus peratus dengan dedak komersil akan terasa beban membeli makanan ayam. Jadi alternatif makanan perlu dicari.


Mengetahui manfaat batang pisang hutan, memang tak lepas peluang bila tuan lot tanah membersih kawasannya. Umbut muda enak di gulai, yang lain dijadikan makanan ayam dan baja kompos.

Wakaf berlatarbelakangkan reban tempat penulis berhibur dimusim PKP, sambil memerhati gelagat ayam.

Gigih tak gigih, lihatlah penyediaan makanan alternatif ini. Semuanya menggunakan bahan percuma yang diperolehi dipersekitaran.

Hampas kelapa dan batang pisang, mungkin sampah bagi yang lain tapi sangat bernilai untuk yang tahu, diperam dengan pencerna organik mampu bertahan paling kurang sebulan.

Apabila peraman ini dicampurkan dengan nasi, jagung rebus, daun- daunan dan dedak komersil huh macam nak roboh reban, ayam berebut membedal ramuan.

Ayam kenyang, penternak pun girang...



Wednesday, June 9, 2021

Ikan Puyu Emas...


Kolah ni dulu dibuat untuk menadah air hujan konon ingin mengembalikan nostalgia mandi perigi. Serious syok mandi guna gayung. Bila makin lama mula berlumut, dan air rasa seperti berminyak, terus tak rajin mandi air kolah.

Silapnya dulu, bahagian dalam tidak dilapiskan dengan mozek. Air hujan dikota pulak, lain macam tak macam di kampong, mungkin pencemaran udara lah tu.. Perlu ditambah baik sistem penapisan air hujan jika ingin digunakan untuk mandi.

Kini kolah dijadikan tempat membela ikan tambahan, boleh membela dalam 20-30 ekor berbanding kolah utama lebih 100-200 ekor ...Jika dibiarkan kosong, jadi tempat pembiakan nyamuk.

Ikan puyu emas dan telapia sesuai berkongsi habitat.


Bila seekor 2 mulai mati, mungkin memberi isyarat kolam tak cukup ruang untuk ikan hidup dengan sihat..Ikan telapia lebih manja berbanding ikan puyu..Yang mati terapung tu telapialah, bangkai dicampak  direban ayam..sekejap jer lesap.

Di kolah ini  air dikitar semula semasa hujan saja, jika tiada hujan, airnya mudah keruh. Lebih-lebih lagi jika terlebih memberi makanan ikan, sisa yang tak dimakan akan mengeruhkan air .


20 ekor ikan yang dituai, selebar 4 jari orang dewasa. Ikan puyu emas dan telapia ini jika betul habitat dan penjagaan, seekor boleh mencecah berat sekilo lebih. Mungkin habitat tidak begitu kondusif selain faktor permakanan yang tidak teratur. Makan pun kekadang lupa diberi. 

Setelah dituai beberapa jam, ikan
 telapia terus tak bernyawa sedangkan ikan puyu  masih melompat- lompat bila disentuh. Tak sabar menunggu, puyu mati dihujung parang. 


 Ok juga rasa ikan puyu yang digoreng, bau tak hanyir dan daging pejal.

Baki ikan puyu yang ada ingat nak salai dan masak lemak cili api super pedas. Tambah daun cekur/kencur Fuhh..Kalau kat kampung dulu sampai terjelir lidah tepi tingkap kepedasan hehe.

Ketum Ayam...

Sebagai langkah mempelbagaikan sumber makanan ayam, harini penulis membeli pokok ketum ayam. Dikatakan sebagai sumber makanan kaya protin dan rendah  lemak, ketum ayam sangat popular dikalangan penternak. Penulis tak pernah mencuba, tapi percaya ayam- ayam akan sangat menggemarinya.


Berdasarkan harga pasaran Rm10-15 sepokok anak kecil, pokok remaja yang dibeli dari rakan ini RM20, nampaknya lebih kepada pemberian saja sebenarnya.

 
Pokok segera ditanam di lot kosong  di hadapan rumah. Setelah serasi di habitat baru nanti, pokok akan dibiakkan lagi.

 Pembiakan adalah melalui keratan batang. Menggunakan batang pucuk muda pun boleh khabarnya.

3 pokok munggai/kelor baru pun dah mulai tumbuh  di bahu jalan. 

Dengan adanya alternatif tambahan ini diharap ayam cepat membesar dan sihat dengan kos makanan yang murah.


Monday, June 7, 2021

Baja Organik PSB

Untuk menjimatkan kos, sebaik mungkin penulis tak mau menggunakan baja komersil., Cuba menghasilkan sendiri baja organik melalui perkongsian petani di Utube.

Jika baja organik berkesan , alhamdulillah, tak menjadi pun tiada masalah. Bertanam suka-suka tak sama dengan bertanam komersil. Tiada tekanan supaya pokok segera subur dan mengeluarkan hasil, menanam dijadikan sebahagian riadah jadi percubaan demi percubaan sanggup penulis lakukan.

Harini penulis mencuba membuat baja organik PSB(Purple Sulphur Bacteria) yang sangat popular di Thailand

Kontras dengan percubaan sebelum ini dengan adunan yang hampir sama tetapi sebatian diperam didalam gelap, sebatian kalini dijemur dibawah terik matahari.

Dikatakan baja mampu menyuburkan pokok dan menjadi penggalak buah. Sedang eloklah, penulis memang sedang mencari baja untuk nenyuburkan pokok betik dan pokok rambutan, selain tanaman lain

Pokok betik ada 5 pokok tapi kurang subur, buah kecil dan sedikit. Sedangkan jika dibelai dan dibaja sepokok saja makan tak habis.

Kat Fb ramai yang rekomen baja tertentu, lihat harga beratus, terus lemah semangat...

Gambar hiasan...

Jadi mencuba lah membuat baja organik sendiri.


Bahan-bahan terdiri dari

1. Air hujan 6 liter
2. Telur 3 biji
3. Ajinomoto 3 sudu makan
4. Belacan satu sudu
5. Sos ikan 2 sudu

Semua bahan dicampur sebati menggunakan blender termasuk kulit telur.


Siap dah. Mudah dan Murah.
Produk yang dihasilkan dijemur selama sebulan sehingga warna sebatian bertukar gelap keperangan dan sedia untuk digunakan.

Penggunaan pati baja pun tak banyak. Setiap 20 liter air sekadar menggunakan 4 sudu atau penutup botol.

Sebatian ini sesuai juga dicampurkan dalam makanan dan minuman ternakan.

Ternakan penulis memang diberikan dengan sebatian organik yang dicampurkan dalam makanan. Melainkan semasa mula menternak dulu, kini ayam penulis 100 peratus hidup.

Harap-harap selepas dibajai pokok-pokok pula hidup subur dan berbuah lebat...

Saturday, June 5, 2021

Alternatif Makanan Ayam...

Setiap kali membeli makanan ayam, sentiasa disebut makanan akan naik lagi. Beras ayam rm21 untuk 10 kilo, dah tak jauh beza dengan beras yang orang makan dalam 24-26..Jagung halus dalam Rm70+. Dedak pun dah 120 lebih untuk seguni 50 kg. Jika terlalu bergantung dengan makanan komersil, memang parah.

Alternatif mengurangkan kebergantungan 100 peratus kepada makanan komersil adalah dengan mencampurkan makanan buatan sendiri dari bahan yang boleh diperolehi dipersekitaran.


Hampas kelapa yang diperolehi dari pasar awam, diproses dan diperam dengan pencerna organik untuk meningkatkan kualiti hampas.


Yang ini memang penulis tak menyangka langsung. Batang pisang hutan dan daunnya rupanya turut disukai oleh ayam. Perkongsian penternak di Utube segera dimanfaatkan. Batang pisang, pelepah dan daun diperam dan dicampurkan dengan dedak untuk meningkatkan kualiti makanan.

Paling tak disangka umbut pisang hutan berpelepah putih turut enak dimasak gulai. Bahagian umbut muda kita manfaatkan manakala bahagian lain diberikan kepada ayam.

Setelah mencubanya rasa menyesal, banyak pokok pisang hutan yang dicantas begitu saja sebelum ini.

Gulai batang pisang sangat popular di utara tanahair.

Jom jom buat gulai batang pisang lagi..hehe