Friday, June 25, 2021

Tanam Nenas Guna Belahan Jambul...

Kes covid harian masih tinggi. Nampak macam tiada harapan untuk merentas daerah maupun negeri dlm dalam waktu terdekat

Jadi..tanam pokok lah lagi.


Kalau beli nenas jambulnya jangan dibuang...Walaupun tidak secepat berbuah berbanding benih dari anak pokok tapi tetap boleh dimanfaatkan...

 Seketul jambul, penulis pernah tanam, tapi jambul dibelah 4, belum pernah mencubanya.

Teruja mencuba setelah melihat perkongsian petani di utube.

Kelebihan cara ini banyak pokok boleh diperolehi dari sepucuk jambul. Jambul boleh di belah 4...

Untuk percubaan kali ini, oleh kerana nenas dan jambul yang dibeli tidak besar jambul hanya dibelah 2.

Jambul yang dibelah, disemai dahulu didalam polibeg.

Jika tiada kawasan bertanah nanti, nenas tetap boleh hidup subur tanam didalam tong. Yang penting penjagaan dan pembajaan perlu betul.

Harapnya menjadi lah perkongsian utuber itu.

4 comments:

  1. Ooo jambul boleh belah 4. Kecik2 dulu selalu tolong mak tanam nanas, jambul tanam seketul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sy pun baru tahu..itu yg nk mencuba tanam..

      Delete
  2. terus tanam dalam polibeg sampai berbuah pun boleh.
    Guna aje baja folier

    ReplyDelete