Saturday, June 26, 2021

Ternak Kelulut Dalam Taman...

Ayam sudah, ikan sudah, ada lagi spesis penternakan  yang boleh cuba diternak didalam taman perumahan iaitu lebah atau kelulut. 

Dua keperluan utama kelulut atau lebah adalah resin dan nektar...Kelulut memerlukan pokok bergetah bagi mendapatkan resin untuk penyediaan sarangnya,  manakala nektar berupa sumber makanan lebah. Keperluan ini selalunya mudah diperolehi dalam lingkungan 500m radius dlm kawasan taman perumahan lama, yang memiliki pokok buahan, sayuran, bungaan maupun bungaan liar matang. 

Jika persekitaran sesuai, berbanding penternakan lain, menternak kelulut adalah jauh lebih  mudah sebab kelulut boleh berdikari. 

Melihat perkongsian pekebun bandar luarnegara, mereka selalunya akan turut menternak lebah walaupun tinggal ditaman perumahan berkeluasan sederhana.

Berdasarkan kepada petunjuk semasa, rasanya koloni lebah/kelulut boleh diternak dikawasan rumah penulis.   Beberapa kali menemui sarang lebah di pokok-pokok sekeliling rumah.

Mungkin wujud pokok-pokok yang disukai lebah seperti pokok akasia, salam, mangga, kelapa, jambu air, limau kasturi dll.
Cuma apabila habitatnya diganggu lebah akan melarikan diri. Keadaan ini boleh dimanfaatkan dengan menyediakan habitat yang lebih kondusif untuk lebah terus betah di situ. 

Semangat membuak-buak untuk mengaplikasikan  perkongsian penternak kelulut di utube...


2 comments:

  1. Dengarnya lebah kelulut ni tak menyengat orang. Saya beli madu kelulut asli di Kudat. Harganya mahal tapi sangat berpuas hati. Memang madu asli! Walaupun terdedah, tak seekor semut yang menghampirinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelulut memang tidak menyengat manakala khasiat madunya dikhabarkan 10x lebih bagus berbanding madu lebah..wallahu a'lam

      Delete