Monday, August 9, 2021

Apa Seronoknya Berternak dan Berkebun...

Perdana Menteri telah mengumumkan pelbagai kelonggaran untuk mereka yang telah lengkap vaksinasi melalui fasa-fasa pemulihan PKP berikutnya, namun untuk negeri-negeri yang masih di Fasa 1, pengumuman itu tidak mengujakan. Kami tak tau bila fasa 1 ini bakal berakhir untuk menikmati kelonggaran fasa pemulihan yang diumumkan itu.

Mujur ada aktiviti yang boleh dilakukan diperkarangan rumah.


Kegembiraan melihat apa yang diusahakan berhasil, sukar digambarkan dengan kata-kata., Lupa seketika kesah covid diluar sana.

Hilang penat lelah menyedia dan memberi makan ayam-ayam setiap hari.

Terhibur melihat gelagat ayam dan  dapat mengutip telur setiap hari.


Induk ayam junior 7 ekor sudah mula bertelur, jadi tidaklah lagi bergantung sepenuhnya dengan induk senior 5 ekor.


Sebulan dua lagi induk super junior 7 ekor pun rasanya dah boleh bertelur. Jumlah keseluruhan 19ekor.

Nampaknya kena mencari tanah yang lebih luas untuk mengembangkan aktiviti...


2 comments:

  1. Alhamdulillah
    Semoga terus berkembang

    ReplyDelete
  2. Teringat Encik Suami dulu ternak ayam daging dan ayam telur. Suka makan telur baru, rasanya berbeza dengan elur ayam yang dijual di luar. Ayam daging, lagilah suka.... sembelih terus masak. Terasa manisnya!

    ReplyDelete