Mujur ada aktiviti yang boleh dilakukan diperkarangan rumah.
Kegembiraan melihat apa yang diusahakan berhasil, sukar digambarkan dengan kata-kata., Lupa seketika kesah covid diluar sana.
Hilang penat lelah menyedia dan memberi makan ayam-ayam setiap hari.
Terhibur melihat gelagat ayam dan dapat mengutip telur setiap hari.
Induk ayam junior 7 ekor sudah mula bertelur, jadi tidaklah lagi bergantung sepenuhnya dengan induk senior 5 ekor.
Sebulan dua lagi induk super junior 7 ekor pun rasanya dah boleh bertelur. Jumlah keseluruhan 19ekor.
Nampaknya kena mencari tanah yang lebih luas untuk mengembangkan aktiviti...
Alhamdulillah
ReplyDeleteSemoga terus berkembang
Teringat Encik Suami dulu ternak ayam daging dan ayam telur. Suka makan telur baru, rasanya berbeza dengan elur ayam yang dijual di luar. Ayam daging, lagilah suka.... sembelih terus masak. Terasa manisnya!
ReplyDelete