Jika lewat lagi dituai bunga akan semakin kembang. Segera menawarkan ke kedai runcit rakan. Argh memang kebetulan bunga kantan dikedainya sudah kehabisan.
Bunga yang mula mengembang begini pun disuruh tuai. Biar betul...
Walaupun cuma serumpun ditanam dipenjuru laman dapatlah juga 10 kuntum., Yang sedang memutik pun ada lagi. Bolehlah ditukar barang.
Membeli barang berikut...
Sebiji nenas 3.50
Betik 5.50
Mentimun 2.0
Jumlah rm 11
Setelah tolak bunga kantan hanya perlu tambah RM 2. Sudah lebih dari bolehlah tu...
Penanaman pokok- pokok sebegini yang penulis suka. Tanam sekali namun boleh dimanfaatkan berulang-ulang kali. Penjagaan pun sangat mudah.
Kebun Bukit sentosa nanti memang banyaklah rumpun kantan yang akan ditanam. Ketika ini spesis pokok yang hampir sama banyak tumbuh dikebun, Bermakna habitat yang sesuai untuk pokok kantan juga.
Kelebihan bercucuk tanam di tanah tinggi adalah kelembapan tanah dapat dikekalkan walaupun bukan musim hujan kerana tanah tinggi akan sentiasa berembun berbanding tanah rendah, apatah lagi persekitaran masih lagi berhutan.
Wah Semangat.. semangat...