Bila rentas daerah dibenarkan, ramai yang mengambil kesempatan jalan- jalan cari makan. Tempat-tempat makan favorit selalunya dipenuhi pengunjung.
Dibantu dengan wujudnya media sosial, mudah saja viral. Pantang makanan unik sikit, akan berpusu-pusu pengunjung datang.
Minggu pertama rentas daerah dibenarkan, selepas berkunjung ke Selangor Fruit Valley, kami JJCM Kuala Selangor. Fuh jika tempat makan tersenarai diinternet dengan review positif, bersedialah beratur panjang sebelum dapat menikmati hidangan. Nasi Ambeng nampaknya semakin mendapat tempat dikalangan orangramai. Tak sanggup menunggu, kami beredar ke tempat lain.
Terpandang papan tanda ini terus saja menyinggah. Warong makan Itik Salai Mastar memang tak sangka ada cawangan di Kuala Selangor. Selalu pergi yang di cawangan Bangi, yang disini jika hujung minggu selalunya sesak dengan orangramai.
Carian di internet cawangan Kuala Selangor tidak tersenarai lagi, itu sebab pengunjung belum begitu ramai, sedang eloklah. Warong dibuka bermula 11 padi dan tutup pukul 3 petang.
Ibarat burung baru bebas dari sangkar, JJCM diteruskan minggu berikutnya.
Menyedari hujung minggu warong makan ini akan sesak, kami berkunjung ke sana Isnin. Warong Selera Rimba memang destinasi pilihan dikalangan pemburu makanan. Warong makan ini menjadi destinasi pilihan Mat-mat motor dan pelbagai kelab lain.
Uniknya pelbagai menu eksotik resepi jawa dan banjar seperti landak, rusa, baung, sembilang, puyu, ayam kampung udang galah dll dapat memenuhi citarasa tekak pengunjung. Walaupun harga sedikit premium, pengunjung tetap sanggup berulang kali datang, biarpun lokasi agak terpencil.
Huh tak sabar mau merentas negeri...