Dalam tempoh 2 bulan, hampir separuh keluasan kebun telah ditebas dan bertanam dengan pelbagai pokok. Dengan keluasan tak seberapa memadai menggunakan kudrat sahaja dengan seorang pembantu, lagipun tiada keperluan membuat teres tanaman pada kebun. Anggaplah sambil berkebun sambil beriadah.
Kini baki yang belum dibersihkan tidak begitu semak, campuran pokok dewasa dan anak pokok besar lengan yang akan ditebang bila perlu.
Pembersihan kebun di tempat paling sukar telah selesai, kini boleh menumpukan membuat akses motor atau ATV ke puncak. Tanah tersangat gembur, jadi mudah mencangkul membina teres zig zag laluan motor.
Untuk membuat laluan kenderaan empat roda nanti memang terpaksa menggunakan jentera.
Dengan kemajuan ini banyak tenaga dapat dijimatkan. Jika tidak, lembik badan apabila mendaki sambil membawa beban.
Jika mengekalkan momentum datang 2 kali seminggu... Kemajuan dicapai akan bertambah pantas, yang penting istiqamah
Yeahh..Nak buat rumah kebun...Nak buat rumah kebun...
No comments:
Post a Comment