Ada tempat yang diletakkan harapan tinggi tapi mengecewakan, manakala sesetengah tempat yang langsung tidak diletakkan sebarang harapan, apabila singgah membuatkan hati berbunga.
Tanah Aina Cafe salah satu tempat yang penulis maksudkan, seringkali lalu namun tidak terpanggil untuk singgah, dari pinggiran Hiway KL-Karak sesudah Hentian Rehat Lentang, persekitaran kelihatan sangat biasa-biasa, restoran langsung tidak kelihatan sebab terlindung dengan pokok pokok menjalar, hanya papantanda dan bendera- bendera cafe yang mencuri perhatian.
Pertama kali singgah dulu memang superb. Restoran sangat luas dibina di kaki bukit tepian sungai, mengekalkan kehijauan. Ciri ciri yang penulis sangat suka. Susunatur cantik dan kemas, serba-serbi sedap dipandang mata dari segenap sudut, faciliti adalah kelas pertama. Rasanya bukan sedikit modal untuk menampilkan premis sebegini.
Walaupun agak tersorok, menurut staff cafe, premis ini sentiasa penuh dihujung minggu. Cafe sudah luas, semasa kami singgah kelihatan pekerja sedang menambah lagi platform makan- makan di tebing sungai, untuk memberi keselesaan kepada pengunjung.
Melihat kepada suasana cafe, penulis percaya ramai pengunjung yang berulang kali datang. Walaupun harga makanan sedikit premium, namun pengunjung tak begitu kesah kerana mereka singgah bukan saja untuk menikmati makanan tetapi ambience yang menenangkan.
Makan tenghari/malam jatuh dlm 25-40 per kepala mengikut set makanan yang dipinta.
Sarapan pagi dalam 17-20/kepala
Teh-O Rm8
Set Roti canai 3 keping Rm10,
Set Roti bakar Rm10
Kopi-O Rm5
Sambil makan sambil menikmati bunyi deruan air sungai...
Harga tak boleh bandingkan dengan RnR hiway, ini premis persendirian, jauh dari lokasi bekalan bahan mentah, lagipun makanan sedap premis pula cantik kira oklah sesekali berbelanja lebih sambil mengendurkan urat- urat tegang setelah lama memandu....
Jom jom singgah lagi...
Pernah singgah makan di Tanah Aina Cafe tapi di Shah Alam. Tempatnya selesa, ada surau untuk kami solat. Makanan pun okey. Dan sudah tentunya harga kayangan sikit.
ReplyDeleteSesekali kita berbelanja lebih ckg .
Delete