Selalunya bila ke utara memang akan singgah Restoran Nasi Bamboo Sg Klah. Pagi tu tiba sangat awal 9.00 pg, restoran masih belum dibuka, namun diperkarangan restoran sudah penuh dengan pengunjung menunggu restoran dibuka jam 10 pagi. Tak mau menunggu, bersarapan di restoran dalam perjalanan memasuki semula lebuhraya.
Tengahari menghampiri destinasi Kuala Kurau, singgah membeli lauk kari ikan sembilang. Di utara Perak menu kari ikan sembilang dan mee udang sangat popular., hampir semua warong/restoran mempamerkan hidangan itu.
Sebagaimana air nira, penulis sangat suka dengan kari ikan sembilang kerana rasanya begitu unik sekali.
Keesokan hari meronda Pulau Pinang. Hajat nak bersiar-siar saja di Esplanade Georgetown, sebelum itu jjcm di Balik Pulau.
Kawan mencadangkan makan di Restoran Peladang, Balik Pulau. Di Penang memang nasi kandar lah dengan lauk pauk berasaskan kari, kari dan kari. Lauk pauk bersusun sampai rambang mata nak pilih. Ini keseronokan makan direstoran yang banyak menu, walaupun bukan boleh pilih semua. Menu yang dipilih tetap yang sangat favorite di tekak kita.
Esplanade Padang Kota Lama ni dari dulu macam itu juga, tiada perubahan ketara berbanding lawatan terdahulu. Keadaan pun tak secantik dan sebersih Esplanade Dataran Emas Muar Johor.
Selain nasi kandar, Penang memang terkenal dengan pasembor dan cendol. Makan-makan lagi lah kita di Padang Kota Lama...
hi https://sintrabloguecintia.blogspot.com/
ReplyDelete