Rasanya peristiwa tsunami baru saja terjadi, rupanya sudah lebih 15 tahun berlalu, 2004 tragedi dunia hampir 300 ribu nyawa terkorban, mungkin lebih jika termasuk yang tidak dilaporkan. Di Kuala Muda, Kedah walaupun jauh dari pusat gempa bumi Laut Andaman, 11 orang terkorban.
Kini lokasi paling teruk terbadai tsunami Malaysia telah diabadikan Memorial Tsunami.
2011 penulis turut berpeluang melawat tempat paling terkesan teruk di dunia, Acheh Sumatera, Indonesia dimana lebih 100 ribu nyawa terkorban. Salah satu kapal yang terdampar jauh di daratan telah dijadikan memorial tsunami di sana.
Paparan yang sangat menyayat hati, mayat-mayat orang dewasa, kanak kanak, haiwan-haiwan bergelimpangan dicelah timbunan sampah, ada yang mengelupas dan menggelembung kerana terlalu lama tidak dikutip kerana pembersihan sangat sukar selain melibatkan banyak daerah dan kawasan yang sangat luas.
Di Kuala Muda, sisa perahu tsunami dijadikan monumen di pinggiran simpang jalan. Idea yang sangat bagus cuma tiada ruang untuk orang bergambar, sangat berbahaya kerana terlalu hampir dengan jalan yang sibuk.
Kepenatan..
Dataran Tsunami turut dibina.
Di dalam kawasan berpagar ini adalah tinggalan rangka rumah yang tersisa akibat tsunami..Rumah-rumah separa roboh dijadikan monumen sejarah untuk tontonan/ingatan umum
Salah satu tapak rumah didirikan muzium mini memaparkan gambar-gambar kejadian dan menceritakan peristiwa dahsyat abad 20 ini.
No comments:
Post a Comment