2.30ptg masa untuk snorkeling. Mengikut iterinari sepanjang 3H2M setiap hari pagi dan petang, ada aktiviti ini, terpulang samada mau mengikuti atau tidak. Inilah percutian ke pulau di laut lepas, tiada istilah shoping, ini bukan Pulau Langkawi atau Pulau Pangkor.
Destinasi pertama Pulau Ekor Tebu, susah untuk jawab kenapa dinamakan sedemikian, pemandu pelancong yang bawa pun tak pasti bagaimana nama diperolehi.
Air laut tenang dan sangat jernih kebiruan. Dari permukaan air, dasar laut dihiasi dengan bayang warna putih dan kehitaman. Sekeliling pulau pula batu-batu gunung bersama kehijauan hutan semulajadi. Pulau- pulau kecil hampir tiada pantai berpasir.
Setelah terjun, memang terpegun menikmati keindahan dasar laut. Yg putih adalah pasir atau karang laut yang telah mati manakala bayangan hitam sebenarnya terumbu karang berwarna warni. Ada berkelopak seperti bunga, berbentuk cendawan, ranting, yang berambu- rambu melintuk-liuk seolah menari menurut alunan ombak. Terasa sangat berada didunia asing.
Pelbagai spesis hidupan laut turut mewarnai kehidupan dicelah-celah karang laut. Ikan-ikan segera menyerbu apabila dihulurkan makanan..
Fuh..Sungguh mengasyikkan.
No comments:
Post a Comment