Aktiviti di pulau- pulau percutian nampaknya sudah mulai normal sebagaimana sebelum pandemik covid 19. Walaupun hari biasa, pengunjung di resort-resort sangat ramai, bilik- bilik penginapan perlu ditempah awal kerana banyak yang penuh.
Pulau-pulau disebelah pantai timur tidak sebagaimana di barat, tidak boleh dikunjungi sepanjang masa. Itu sebab promosi tahun ini hampir dipenghujung dan promosi tahun depan telah dibuka. Sepanjang tahun Okt-Awal Mac resort ditutup kerana musim monsoon.
Menurut pemandu pelancong, kunjungan terbaik adalah antara April-September kerana laut tenang. Di awal pembukaan semula Mac ombak masih lagi kuat, laut bergelora, aktiviti snorkeling hanya diwaktu terpilih. Pemandangan pun tidak seindah hari tenang.
Snorkeling hari ke 2 sebelah pagi kami dibawa ke Teluk Mek Wan manakala disebelah petang ke Pulau Lima. Dinamakan Pulau Lima kerana terdapat 5 pulau dilokasi sama. .
No comments:
Post a Comment