Wednesday, February 15, 2023

Kemboja D5 Pasar Rusia

Hari ke 5 akan berangkat balik ke Malaysia. 

Bersarapan dulu di restoran berhampiran dengan hotel. Dulu masa bermotor pun makan disini. 






Walaupun awal pagi, terdapat ikan panggang yang dapat membangkitkan selera. Berbanding ikan panggang tanahair yang disertakan dengan kuah berempah, disini nampaknya hanya dibakar kosong, perlu diperah limau untuk lebih membangkitkan selera. 

Kelebihan restoran awam tempatan, harga sangat murah, terkejut bila diberitahu harga makan 4 orang hanya sekitar 30 ribu atau rm30 . Berbeza makan di restoran tumpuan pelancong semasa mula tiba dulu, makan 3 orang dikenakan caj 18USD untuk menu ringkas lauk rendang ayam dan sayur.

Berikutnya singgah meninjau pasar yang menjadi destinasi wajib pengunjung Malaysia ke Pnom Penh- Pasar Rusia. Tak pasti bagaimana pasar ini mendapat nama.





Memang niat asal untuk meninjau jadi tak banyak barang yang dibeli. Barang yang dijual kebanyakannya boleh didapati di tanahair dan lebih murah, jadi tak perlu memberatkan beg untuk membawa balik ke Malaysia .



Melalui juga pasar basah harian. Babi begitu banyak bergantungan. Tak hairan sebab disini lebih 95 peratus penduduk adalah non muslim.





Selesai sudah lawatan Kemboja, beredar awal ke lapangan terbang Pnom Penh




Harap dapat menjadi tetamu di Malaysia nanti. Sayu juga mendengar permintaan anak ustaz yang sangat berkeinginan datang ke Malaysia.
 



Tiba di Malaysia sekitar jam 5 ptg. Kereta parking di Putrajaya Sentral, pilihan terbaik untuk parking kenderaan jangkamasa panjang rm12 untuk tempoh 24  jam, berbanding di Klia 30-50 untuk tempoh sama. Tiket ERL ke Klia Rm 9+. Parking untuk tempoh 4 malam hanya dikenakan caj Rm56. 

Jumlah keseluruhan termasuk  tiket ERL Rm 95, tetap lebih berbaloi berbanding menaiki grab  yang dikenakan caj minima rm160 sehala dari Rawang -Klia.



No comments:

Post a Comment