Hari ke 5 akan berangkat balik ke Malaysia.
Bersarapan dulu di restoran berhampiran dengan hotel. Dulu masa bermotor pun makan disini.
Walaupun awal pagi, terdapat ikan panggang yang dapat membangkitkan selera. Berbanding ikan panggang tanahair yang disertakan dengan kuah berempah, disini nampaknya hanya dibakar kosong, perlu diperah limau untuk lebih membangkitkan selera.
Kelebihan restoran awam tempatan, harga sangat murah, terkejut bila diberitahu harga makan 4 orang hanya sekitar 30 ribu atau rm30 . Berbeza makan di restoran tumpuan pelancong semasa mula tiba dulu, makan 3 orang dikenakan caj 18USD untuk menu ringkas lauk rendang ayam dan sayur.
Berikutnya singgah meninjau pasar yang menjadi destinasi wajib pengunjung Malaysia ke Pnom Penh- Pasar Rusia. Tak pasti bagaimana pasar ini mendapat nama.
Melalui juga pasar basah harian. Babi begitu banyak bergantungan. Tak hairan sebab disini lebih 95 peratus penduduk adalah non muslim.
Selesai sudah lawatan Kemboja, beredar awal ke lapangan terbang Pnom Penh
Jumlah keseluruhan termasuk tiket ERL Rm 95, tetap lebih berbaloi berbanding menaiki grab yang dikenakan caj minima rm160 sehala dari Rawang -Klia.
No comments:
Post a Comment