click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, February 10, 2023

Kemboja D2 Sihanoukville

Hari ke 2 Kemboja, merayap sekitar Sihanoukville. Tiba semalam diwaktu malam, kini ingin melihat keadaan diwaktu siang. Jika malam bermandi cahaya, ibarat wanita bersolek, siang ibarat wanita baru bangun tidur. Sebagaimana bandar- bandar Kemboja yang lain, Sihanoukville tidak banyak berbeza cuma ia sedikit moden. Kelebihan bandar ini dipinggiran laut menjadikannya tarikan pelabur dan pelancong luar terutamanya dari China. Casino, spa dan disko di merata tempat.



Kami melepak di gerai tepian pantai sambil minum dan memakan buahan, sukar mendapatkan makanan halal di sini. Suasana pantai sebagaimana di Phuket Thailand.







Sesudah berserapan di satu  kedai makanan muslim, kami beredar ke Pnom Penh seterusnya ke Kampong Cham. Boleh jumpai jika Google di internet 'Halal Food Sihanoukville.' Cuma bab makan ni kena ikut tekak masing -masing. Penulis perah limau nipis untuk menghilangkan rasa mual.




Dah tak berapa kekok memandu di di sebelah kiri untuk menambah keyakinan memandu di Eropah nanti, cuma tak sehandal pemandu tempatan, kita tersangat berhati hati lebih-lebih lagi memandu kenderaan besar LX470. Minyak pun boleh tahan kuat, isi tangki penuh 100USD. Mujur sebutan murah, kalau ditanahair selalunya melihat lori saja mengisi minyak sehingga hampir RM500.


Makanan eksotik Kemboja...Ha Penjual berkerumun saat kita berhenti di hentian rehat.



Cengkerik, lipas, ulat, belalang dan pelbagai serangga lain menjadi hidangan istimewa barangkali. Peminta sedekah pun ramai.






Sebaik waktu asar tiba di Kampong Cham. Lokasi Madrasah An Nikmah Kampung Kian Ramiat sekitar setengah jam lagi pemanduan.



Inilah madrasah dimaksudkan. Pertama kali datang bersama geng motor dulu. Lokasi ini adalah belukar. 10 tahun berlalu persekitaran juga berubah dengan perkampungan baru. 


Perjalanan aktiviti madrasah bergantung kepada infak orangramai dari Malaysia Brunei dan Singapura. Penjanaan ekonomi sampingan seperti berternak ikan turut dijalankan.





Orang kuat disebalik penubuhan Madrasah An Nikmah, Ustaz Ismail, pernah menjadi imam di Malaysia.


Sebelum beredar dari madrasah dihidangkan dengan sup dan tomyam Kemboja, berbanding tomyam Thailand yang tekak sudah biasa, tomyam Kemboja sedikit berbeza , mujur limau nipis turut dihidang untuk memujuk tekak. Huhu 





 

Malam menginap di Kampung Cham berhadapan Sungai Mekong. Hotel lama caj satu malam 30USD.

Hari ke 3 akan bergerak ke Seam Reap, 3 jam pemanduan dari Kg Cham.







2 comments:

  1. Seram pulak melihat makanan eksotik di sanun!

    ReplyDelete
  2. Haha alah bisa tegal biasa...dah menjadi sebahagian mknan asasi diorg ..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK