Tak pasti mengapa check out hotel di London pukul 11 pagi sedangkan di Lisbon atau ditempat lain pukul 12 tghari. Mujur ada bilik menyimpan bagasi di lobi hotel. Flight Heathtrow-Dusseldorf pukul 8.20 mlm, leceh jika terlalu awal melepak di airport lagi.
Setelah check out hotel 11 pagi, pergi ke Wembley Central, mencari alas perut dan selesaikan dulu solat zuhor asar. Setibanya di airport nanti tak perlu tercari- cari ruangan solat.
Restoran halal Taste of Lahore ini jam 12 baru dibuka. Walaupun terdapat restoran makan segera halal lain yang telah dibuka, bau rempah briyani di sini sungguh menambat selera, sanggup menunggu.
Tidak seperti di tanahair, banyak restoran dibuka 24 jam atau setidaknya awal pagi telah ada yang membuka gerai, kebanyakan restoran disini dibuka pukul 10 ke atas.
Sambil menunggu restoran dibuka terbeli juga satu dua barang...
Di Wembley memang ramai komuniti muslim. Kami bersolat zuhor asar di Muslim Community Centre tidak jauh dari Wembley Central
Balik semula ke hotel menaiki bas singgah di Wembley Stadium.
Dari luaran, Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur kelihatan lebih gah...
Sesuai dengan kedudukannya sebagai antara stadium ternama dunia, disekeliling Wembley Stadium terdapat banyak hotel.
Untuk ke Heathrow terdapat banyak pilihan, lecehnya setiap pilihan mesti menukar ke beberapa stesen dan line. Menerusi applikasi google map kita boleh memilih yang paling kurang berjalan, kami menaiki bas dan tren. Walaupun lebih lama, hentian bas berada hampir dengan hotel selain itu boleh menyaksikan pemandangan luar sepanjang perjalanan.
Diperhatikan ramai komuniti India hindu dilaluan bas kami, banyak kedai menjual barangan, pakaian tradisi juga restoran India. Penumpang turun naik pun ramai berketurunan India. Terdapat kuil besar di salah satu lokasi hentian bas.
Di pengakhir laluan bas Ealing Station bersambung menaiki tren Elizabeth Line ke Heathrow Terminal 5.
Di airport Heathrow ini dan airport lainnya, ramai petugas berketurunan India sub conntinent..
Tak hairan London mendapat jolokan nama Londonistan.
Alhamdulillah. Apabila berpeluang menjadi musafir, banyak pengalaman yang diperoleh.
ReplyDeleteYea betul2
Delete