Saturday, March 11, 2023

Europe D14- Bochum Rathaus Nodus

Kalau dulu setiap kali meronda mesti membawa sekali peta. Apabila tiba di airport akan pergi ke bahagian informasi untuk mendapatkan maklumat berserta peta-peta tersebut. Berconteng sana-sini untuk mengetahui arah dan destinasi.

Kini dah tak perlu, cukup hanya membeli simcard dan data internet penyedia telefon negara terbabit. Bahaya  jika menggunakan data roaming tanahair, bil boleh mencecah ribuan ringgit, lebih baik off.

Dengan applikasi google map, mudah ke mana- mana tanpa risau tersesat.

Applikasi google apps live view sangat membantu di tempat asing. Maklumlah orang berusia, perasan apps ini hanya ketika di London. Rugi tidak mengetahui apps ini ketika mula menjejakkan kaki di eropah. 


Melalui apps ini penunjuk arah  akan dipaparkan di skrin phone dengan hanya menghalakan phone ke mana- mana arah... Anak panah destinasi yang betul akan ditunjukkan di skrin.


Rathaus, mercutanda pertama bergambar ketika mula mula sampai di Bochum, Germany.


Sebelum mengetahui penggunaan apps ini, di London kami tersalah naik bas ke arah bertentangan destinasi, tersilap memilih hentian bas. Perasan silap apabila cursor google map live semakin menjauhi destinasi. 

Bagusnya lagi sistem pengangkutan awam europe, semua hentian bas  bertanda A..B..C..D Dll.  Untuk ke destinasi akan diberitahu di hentian mana perlu menaiki bas. Semakin mudah bila arah hentian bas ini boleh dicari dengan google live view.










Dengan bantuan teknologi setelah hari ke 14 baru tahu Bochum Rathaus, mercutanda pertama bergambar semasa mula-mula tiba di Bochum, tersangat hampir dengan penginapan kami, sebelum ini berpusing pusing mencari arah balik...

Dah boleh ke Moscow nampaknya..

No comments:

Post a Comment