Tak sangkalah pulak pertengahan Mac masih bersalji lagi di Germany. Trip 2017 bulan April pun pernah merasai salji tapi ketika itu di tanah tinggi Bayern Munich bersempadanan dengan Switzerland.
Kita orang khatulistiwa memang kelebihan ini yang dicari ketika di Eropah. Penulis tak berapa gemar meronda eropah musim summer, selain mahal, sepanjang tahun kita telah merasa panas summer di tanahair...tapi tidaklah ketika kemuncak winter, kerana ketika ini siang tersangat singkat, 8pagi masih gelap dan pukul 6 ptg nanti bergelap lagi. Rugi bayar tiket mahal sekadar melihat kegelapan malam.
Hoho tak taulah trip Iceland 10-17hb nanti... diramalkan suhu sepanjang minggu tersebut berada dibawah -5 degree celcius.
Harini mengikuti anak yang mempunyai temujanji bank berdekatan dengan university. Sesudah itu makan-makan di pusat beli belah Bochum Park, terbesar di Bochum dan antara terbesar di Germany. Shopping complex europe memang tidak dapat menandingi shopping complex tanahair.. keluasan shopping kita antara terbesar dunia...
No comments:
Post a Comment