Saturday, March 4, 2023

Europe D7 ctd-Lisbon Central Mosque

Apabila mengembara di bumi asing, paling mudah mencari makanan halal adalah dengan mencari masjid. Bersolat disana supaya masjid boleh menjadi saksi ronda-ronda kita di akhirat. Bila ada masjid selalunya komuniti muslim ramai disitu dan akan ada restoran muslim. 









Masjid lebih kurang 400m dari stesen  metro terakhir S Sebastiau line merah, line yang sama ke Aeroporto/airport. Terdapat juga 2  shopping Centre besar di sini . 





Aras bawah masjid terdapat kafeteria.
Semasa kami bersantap disini kebetulan bertembung dengan rombongan 30 orang Malaysia yang baru tiba dari Morocco. Mereka akan berada 3 mlm d Portugal dan bersambung ke Cordoba, Madrid dll di Sepanyol.




Masjid cukup besar mengambil kira muslim sebagai komuniti minoriti  Portugal, cuma sewaktu kami hadir solat zuhur tiada imam masjid mengetuai solat jemaah 5 lima waktu. Masing masing solat sendirian atau bersolat berjemaah kecil. 



Melihat rekabentuk menara Central Mosque Lisbon, teringat Masjid Fisabilillah haji di Cyberjaya.


Masjid Fisabilillah Haji Cyberjaya pastinya lebih cantik dan moden.





Masjid dikelilingi kelompok non muslim Portugal. Bersebelahan masjid terdapat kolej.




Berpandukan google map berjalan kaki saja balik ke hotel tak jauh dalam 900m. Masa diambil lebih kurang sama samada berjalan kaki atau menaiki bas atau metro.  Leceh nak  turun naik stesen metro.  Merayap santai boleh melihat suasana persekitaran. 

Cuaca sejuk 6 degree  tak perasan dah tiba di hotel.

No comments:

Post a Comment