Friday, March 3, 2023

Europe D7-Tram 28E







Antara keunikan pengangkutan awam Lisbon adalah tram mini klasik. Tram no 28 ini selain salah satu pengangkutan utama, ia juga ikonik Lisbon kepada pelancong luar. Terdapat tram mini bernombor lain juga, cuma tram mini No 28 meliputi jajaran lebih panjang untuk memberi peluang pelancong merayap dilorong lorong sempit kawasan penempatan padat berbukit.

Harini selain menaiki tram mini klasik, kami melawat juga  Mercado Da Rebeira. 

Awal pagi sudah bergerak menaiki metro. Setelah beberapa hari di Lisbon, lebih arif pasal metro Lisbon. Rangkaian tidak begitu panjang dan jarak antara stesen walaupun di jajaran berbeza sebenarnya tidak begitu jauh dalam 300-400m saja. Jajaran metro ditandai dengan warna dan simbol berbeza seperti merah, biru kuning hijau dan kelabu...




Penginapan kami terdapat 3 stesen metro berdekatan, berlainan jajaran biru kuning juga merah. Jika lebih faham lebih mudah berjalan kaki memilih salah satu stesen untuk ke destinasi berbeza berbanding turun naik stesen metro berganti jajaran. Lebih leceh bila lift dan escalator rosak...





Jajaran merah lebih padat kerana line  ini terus ke Aeroporto/ airport selain dihubungkan dengan jajaran lain ke pusat bandar. Stesen akhir arah berlawanan berada berdekatan dengan Central Mosque Lisbon.

Gelandangan kota di stesen metro...



Ingatkan apalah yang menarik sangat sehingga termasuk dalam senarai menarik wajib lawat.. Rupanya Mercado do Ribiera tu mercado/ Market atau pasar awam.






Pasar lama yang telah dinaik taraf dengan gerai dan tempat makan-makan cantik.. Tingkat 2 pula terdapat pelbagai gerai cenderahati..


Pasar basah masih dikekalkan disini



Awal pagi banyak gerai belum dibuka kami terus menaiki bas ke Alfama, lokasi tram No 28. Kebetulan bas  kami menuju tepat dipermulaan stesen Tram 28.





Ramai yang sedang menunggu giliran menaiki tram. Kalau di tanahair memang tak akan menunggu begini, dah alang-alang datang dari jauh terpaksalah penuh sabar menunggu giliran.


Ketika menunggu giliran tram bertemu dengan 2 Malaysian ini yang meronda DIY Portugal dan Merocco. Semalam bertemu dengan pasangan Indon yang sebuk meneliti laluan bas di  Parca Do Commercio, dataran popular berhadapan sungai.





Kepenatan menuggu giliran tram, anak mat salleh ini tak kesah mengikuti sesiapa memberi ruang bapa beliau berehat yang dari tadi mendokong.


Kami tak banyak berhenti disepanjang jajaran kerana tak sanggup menunggu giliran naik semula.






Di penghujung stesen, apabila tidak lagi ramai penumpang baru  berkesempatan melawat tempat yang dirasakan menarik.

Perjalanan balik kami naik bas mini...malas berebut dengan orang ramai..

No comments:

Post a Comment