Saturday, May 6, 2023

Bukit Malawati Kuala Selangor...

Misi 1 bulan 1 destinasi kali ini ke Kuala Selangor, bulan lepas sesudah hariraya bermalam  di Kg Bharu Kuala Lumpur, Tamu Hotel. Meronda asean akan bermula sesudah Julai, apabila  sekatan imigresen dijangka selesai, bebas keluar masuk sempadan negara tanpa perlu memohon pelepasan sekatan. Bahana menjadi proksi syarikat yang mempunyai masalah dengan KWSP. Walaupun  menang apabila kes dirujuk di mahkamah, akta kwsp mewajibkan pengarah syarikat walaupun sekadar proksi  membayar caruman pekerja tertunggak. Laba tak dapat bala yang datang.


Kuala Selangor sangat dekat di hati penulis kerana pernah terlibat dalam kerja kerja menaik taraf kemudahan pelancongan disini lebih 20tahun dahulu.

Walaupun masih banyak penambahbaikan yang boleh dibuat, kini Bandar Malawati berwajah baru..lebih cantik dan kemas.

Ketika kami sampai tidak dapat ke puncak Bukit Malawati lagi kerana jalan utama ke puncak disekat bagi memberi laluan acara larian marathon keesokan hari.



Mural didinding rumh kedai menaikkan seri bangunan lama.



 Masjid ini pun baru, cantik dan selesa. Masjid lama sudah tersangat uzur  menyakitkan pemandangan. Cuma diharap penghadang plastik tu tidak kekal disitu..sakit mata melihatnya.



Bermalam di De Palma Hotel. antara hotel terawal Kuala Selangor..kunjungan terakhir ke sini awal 90an, ketika anak-anak masih kecil, kunjungan kini ketika cucu masih kecil. 



Walaupun resort lama, keadaan masih lagi tip top, persekitaran terjaga, bilik ok bersih, kolam renang pun begitu.










Sementara menunggu anak perempuan bersalin di Hospital Kuala Lumpur atok bawak sekecik merayap mandi kolam di Kuala Selangor.


No comments:

Post a Comment