Thursday, May 4, 2023

Kebun..kebun..

Rabu pergi ke kebun, selepas hampir 3 bulan ditinggalkan. 

Keseluruhan kebun adalah baik, cuma semak tu dah agak..Banyak pokok kecil yang ditanam dari anak diselubungi pokok menjalar sehingga mengganggu tumbesaran. Pokok durian yang ditanam dari anak terasa lambat membesar...berbeza dengan pokok yang ditanam berusia remaja.

Pokok durian belanda ada yang ok ada yang teruk terbantut, begitu juga dengan pokok nona.

Pokok-pokok yang terbantut teruk tumbesaran mungkin tanah tak sesuai, samada akan diganti baru atau tukar  dengan  pokok spesis lain yang dah besar, tak sabar menanti pokok membesar. 

Seronok melihat pokok -pokok nangka, mata kucing brazil membesar dengan galak, mungkin tanah sesuai dengan spesis ini..jadi mana-mana pokok lain yang teruk sangat terbantut akan diganti dengan pokok spesis ini saja. Petani sambilan macam nilah..menanam pokok yang mudah dijaga.


Kunjungan sesudah 3 bulan juga membawa berita yang sedikit gembira. Syarikat telekomunikasi yang tak jadi menyewa tanah sebab masalah akses, kini membina menara di tanah jiran walaupun topografi tanah lebih rendah..Gembira kerana  boleh ke kebun tanpa perlu memberitahu tuan tanah untuk membuka palang, sesudah berkongsi akses dengan menara telco. 

Tak berapa gembira pula, keseluruhan akses menara tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana lokasi menara walaupun berjiran tapi tidak berhubung dengan akses sediaada kerana masalah topografi, perlu mengeluarkan modal lagi jika ingin menghubungkan akses menara dengan akses sediada.


Dulu berangan dah dapat duit pencen sewa tanah dari telco.. Perjanjian semua dah buat..tapi itulah nak dikatakan rezeki ..dah nak masuk mulut pun boleh terlepas...😁


Ada hikmahnya lah tu..

No comments:

Post a Comment