Anak pokok ni tak yakin untuk terus ditanam dikebun, pokok akan dipindahkan dulu ke polibeg besar dan dibiarkan membesar dulu dirumah..mudah untuk memantau tambahan lagi sekarang musim panas dan sangat jarang hujan. Membeli online penjual menggunakan polibeg kecil, mungkin memudahkan urusan pegeposan.
Dalam bersembang dengan kawan tetiba terpandang pokok pisang menjulurkan jantung..Wahh, bertambahlah pokok berbuah kepada 5 pokok. Melihat beberapa pokok lain yang lebihkurang sama tumbesaran, rasanya menunggu masa berbuah..
Kena beli baru untuk mengganti pokok yang mati...3 pokok Rm100.
Percubaan menanam pokok-pokok didalam tayar nampaknya ketika ini dapat menghalang pokok dari disondol babi. Dek kerana tak cukup tayar, avocado yang disondol, ditanam begitu saja tanpa jaring hitam maupun tayar terpakai. 3 pokok lagi walaupun bersebelahan kelihatan tidak diusik..Pokok nangka dan asam jawa pun tak diusik..
Semua pokok yang ditanam ditayar turut ditabur dengan rambut dan pisau cukur terpakai mungkin membantu menghindari makhlok perosak. Nampaknya selepas ini rambut dan pisau cukur terpakai akan ditabur secara berkala sama seperti baja..