Saturday, June 3, 2023

Pokok Kantan...



Pokok kantan ini bibik yang tanam dipojok halaman rumah. Bunga memang tak pernah putus, bila musim berbunga memang  banyak tak termakan..Sangat sayang jika tidak dituai, bunga akan kering begitu saja. Kalau dituai, paling tidak letakkan saja diruang legar masjid, sekejap saja habis.




Satu rumpun telah ditanam di kebun tumpang dan telah mengeluarkan bunga, cuma rasa sayang benih ditanam ditanah orang kotlah tuan tanah nak majukan tanah nanti, habis dilupuskan rumpun- rumpun itu nanti.  Kalau dibiakkan dikebun sendiri, berhasil banyak nanti  boleh saja ditolak ke kedai-kedai runcit.

Pokok yang  mudah dijaga begini yang penulis suka, pokok tua saja perlu dicantas untuk memberi ruang pokok muda tumbuh subur. Sesekali campak tanah bakar ...Bunga kantan sentiasa ada harga. Kalau musim perayaan lagi lah.. Ketika ini rumpun pokok tak cukup banyak untuk hasil dikomersilkan. Penulis dah sediakan petak khas dikebun bukit untuk ditanam dengan pokok kantan, dapat dalam 200 rumpun pun ok dah..tapi nak capai 200 rumpun tu entah bila...



Antara rumpun kantan yang serasi dihabitat baru..

Walaupun banyak rumpun telah cuba ditanam, hampir sepuluh rumpun saja yang  hidup dan membiak.  Biasalah pokok samada disondol babi atau pucuk  muda dicarik monyet. Sejak keliling ditabur rambut keadaan bertambah baik. Yang bagusnya, bila pokok sudah  hidup, walaupun sebahagian pucuk muda rosak, akan tumbuh anak pokok baru jadi sempat lah juga pokok membesar dan membiak.


Pernah mencuba tanam rizum terus dikebun tapi semuanya mati. Manakala rumpun yang ditanam dari anak pokok hampir semua hidup..jadi rizum disemai dulu dipolibeg..pokok yang telah bercambah baru dipindahkan supaya lebih berpotensi untuk hidup dan cepat membiak.

Kalau nak cepat, memang senang beli  anak-anak pokok, tapi harga rizum pun paling kurang Rm4.5 satu belum ada jaminan hidup, ketika ini lebih baik manfaatkan dulu rumpun sediada, lainlah kalau tiada langsung benih sendiri. Ruangan pula semakin sempit, untuk rumpun  berkembang biak. Bila banyak benih diambil, lagi cepat rumpun membiak

Tak perlu terburu- buru, kita tenang- tenang saja...




2 comments:

  1. wah kalau banyak boleh di jual ni laku laris di pasaran. Mahal harganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angan2nya mcm tu lah..asal balik dari kebun jer ada ole2 yg dibawa turun..

      Delete