Monday, August 7, 2023

Pisang Tanduk...

 

Berbudi pada tanah walaupun penjagaan tak seberapa tetap mendapat hasil. Pisang tanduk yang ini nampaknya lebih mantap. Terdapat beberapa faktor, pertamanya hanya sepokok yang tumbuh berbanding rumpun yang lain terdapat paling kurang 2 anak pokok diperdu..yang kedua rumpun ini pertama kali berbuah, mungkin tanah masih lagi subur berbanding rumpun lain yang telah generasi ke2 berbuah.

Pokok pisang serendah pun begitu, rumpun pertama kali berbuah tandan lebih besar, yang berikutnya tetiba ketot. Setandan sekadar dapat dalam 5 sikat pisang. 

Fuhh Mantap...sebiji sebesar lengan, ada 9 biji.  Sayang, 2 biji telah merekah. Diperam dulu biar masak..Sedap dibuat pengat musim panas  ini...


Bila musim panas, agak kurang semangat untuk menanam benih tebu yang diperolehi dari Kota Tinggi ini. Yang telah ditanam dulu daripada 10 benih hanya 2 pokok yang hidup. Lebih lebih lagi musim panas sekarang, pokok perlu disiram tiap hari supaya hidup...Kebun tumpang pun punca air jauh, tanah pula keras, sementara menanti semangat datang, simpan dulu ditepi pili air...


No comments:

Post a Comment